Sabtu hari tu aku, Amal, Fendi, AC pergi tengok teater Short Eyes. Zahiril Adzim berlakon! hehe. best memang best, tapi malas nak bercerita panjang. tunggu ada gambar dari Fendi nanti. hehe
Ahad pulak paling best! study trip to Rimbun Dahan yang pada aku sangat sangat amat cool. tak kisah lah kelas di hari Ahad, bangun pagi buta, lepas peluang jumpa tersayang, semuanya berbaloi. tenang sangat tempat tu. dan semua dah mula angan-angan nak berumah macam Rimbun Dahan, tak terkecuali aku.. haha
kelas di hari Ahad yang awesome, diikuti dengan malam yang bergelumang dengan komik dan bergayut sampai pagi. akibatnya, ponteng kelas di pagi Isnin. ya, memang sengaja. harap-harap ni lah last. dah nak habis asasi pon Oni.. bawak bawak lah berubah..
oh. itu belum kira cerita Prof Jaafar dan orang-orang perasan hebat. memang kasi panas muka, berasap otak. aku memang tak suka orang cakap lebat sampai tak bagi peluang mencelah langsung, macam dia seorang yang betul. jenis nak menang. dan aku memang pantang sangat orang tinggikan suara, buat muka, cakap tak tengok mata. cari pasal. mungkin sebab aku ni dah lama ditindas, maka sekarang aku rebel.
dan seminggu dua ni jugak mata aku celik. jelik dengan judgementasi sekeliling. mual dengan babak lakonan tak menjadi. dan aku pilih sendiri. biar sakit di hati, jangan mati di akal.
terima kasih twitter. setia menjadi tempat aku buang segala caci maki. ya, sehari memang berpuluh tweet. orang tengok pon benci. ayat tak berapa nak sopan, cerita tak berapa nak basi. ya, memang. memang aku tak berapa nak gemar orang baca tweet aku macam baca komik bersiri. aku pon tak berapa gemar orang tau hidup aku yang bukan fairy tales ni. tapi itu lah. kau cakap nak privasi, tapi letak dalam satu ruang yang mana privasi itu sendiri takkan pernah menjadi. pandaii.
Rimbun Dahan.
captured by me, using Fendi's. :)
2 comments:
waahh. busy nya dia. sabaaaaq naa sayang. hihi. dah nak habis asasi sgt da. nanti cuti 5bulan bole ngedate. yeaaah :))
haha, busy jugak laa. tsk. stressss!!!
Post a Comment