dah lama betul nak cerita kisah 'hantu' ni. busy lah konon.
okay. al kisah terjadi di hari pertama aku tidur kolej setelah seminggu cuti mid sem. malam itu aku demam. sejuk sampai ke tulang, aku sarung stoking, aku tarik selimut tanda mahu tidur. setelah hampir sejam sesi bermonolog dengan diri sendiri, tumpas lah mata ini.. tabiat comel aku ketika demam atau sakit ialah kerap terjaga di waktu malam. nak dijadikan kisah hantunya.. pagi itu aku terjaga. alangkah terkejut, keliru dan runsingnya hati ini apabila melihat bantal cylinder besar nak mampus yang baru tapi tidak baru sangat berada di hujung meja roommate. jauh jugak perjalanan bantal tersebut. oh. takpa. mugkin aku mamai lalu menghempas kuat bantal tersebut. mungkin.
malam kedua, aku masih sakit. aku tengok jam, pukul 2 pagi. toleh kiri, roommate dah lama ke alam mimpi. tengok fon, sudah 3 pagi. tak ada siapa-siapa boleh dihubungi. tiba-tiba.. "krek krek krek" "tset tset" aku mencari-cari arah bunyi tersebut dalam kegelapan. "tak ada apa-apa" bisik aku dalam hati. "krek krek krek" wah. kali ini seseorang/sesuatu betul-betul sedang bekerja di meja aku nampaknya. lantak lah. angin barangkali. barangkali.
tingkat 6 memang misteri. banyak kisah terungkai di sini. dan di sini lah juga tempat persinggahan Bidasari...
5 comments:
serious ka? uishh. jaga diri noo sayang ;)
haha. seriussssss.
nasib baik Oni ni pemberani, hehe
seryau gilaaa.. take care weyh!!
patut aku macam pelik nak ditemani time p toilet. jeng jeng jeng
ATIQ : haha. perasaan aku ja kot. tahnks dear!
MIERAH : ahaks. i memang pi toilet kena berteman. bukan takut, tapi jaga-jaga. haha
Post a Comment