poster A1 besar sedepa tangan budak 8 tahun sudah in progress. oh. depaan tangan adik kembar aku mungkin sebesar ini aku agak. Alhamdulillah. berjalan jugak kerja. ini pon sebab Sabtu ini sudah perlu di submit. maka, final exam dan animation harus ditolak ke tepi dahulu.
idea sudah di approve oleh lecturer. okay. basically idea Shahir. aku sudah buntu berfikir. ideanya bertemakan no petrol vehicle. apa yang dia luahkan, gambaran kereta sedang di charge atau bulatan basikal dan ntah apa lagi idea yang menjangkaui batas tangan untuk melakar. idea seorang jurutera-tentera boleh tahan, tapi sangat mechanic. erk ?
dan setelah difikir-fikir, apa yang terluah di dalam sketch book ialah lakaran sebatang jalan raya yang berbangunan-bangunan tinggi, pesat membangun tetapi tanpa sebarang kenderaan bermotor, hanya kereta lembu. huh?
bangunan-bangunan mengikut perspektif dari pandangan hadapan, hanya diconteng-conteng dengan charcoal, pensil dan mungkin juga felt pen. cuma kereta lembu sahaja yang di bold kan dengan poster colour. awan-awan dan jalan raya masih belum difikirkan.
nahh. kedengaran sangat tinggi nilai estetika. berharapkan poster ini akan menyerlah dalam kalangan pelajar universiti-universiti lain yang bertanding, dan menggondol RM2000, memang sangat melampau. kerana, dengan hanya berbekalkan tangan yang tidak seberapa ini. dapat menyiapkan lukisan tersebut sudah bagus.
tetapi malangnya, aku lupa benda ini patut dibuat dalam tema 'cool art' dan aku dah penat mencari idea lain. malang.
kalau lah suatu hari nanti, ditakdirkan aku berkahwin dan beranak pinak, akan aku asuh anak-anak dari awal. sehari sepuluh lukisan korang kena submit kat mak ye nakk. nanti besar-besar jadi arkitek tau.
3 comments:
oney suka kereta lembu di tgah2 bangunan tinggi ! NICE !
HAHA. nicee kann.
tapi susahnya nak lukis.
in progress ni. haha
hope boleh tengok that pix dekat sini. and kereta lembu dalam bandar nampak sangat simbolik. terkandung macam macam cerita. dari pemikiran saya. :D
Post a Comment