Thursday, 16 September 2010

Perlis-Kuala Lumpur, Malaysia

ya, besok malam aku akan kembali bertolak pulang ke Kuala Lumpur. kalau dulu, mahu ke Kuala Lumpur memang sesuatu yang dinanti-nanti. di sana ada shopping mall besar, MNG, Cotton On, Forever 21, Top Shop, dan lagi dan lagi.

tapi sekarang, bila terkenangkan Kuala Lumpur, hati seakan-akan sesak mengingatkan Universiti Malaya. maka, ingatan kembali tertumpu pada assignment yang tertunggak.

ya, apabila aku sudah mula kenal erti kehidupan, baru aku mengerti Kuala Lumpur bukannya apa-apa. indah lagi Perlisku yang kecil lagi mempesona. apatah lagi bilik messy di kolej yang penuh dengan tekanan dan kesibukan jika nak dibandingkan dengan kebahagiaan goyang kaki usap perut bila di rumah sendiri. aku namakannya syurga.

shit. ayat sangat tak boleh belahhhh. ampun. saat-saat genting begini, jari jemari sudah tidak boleh disalahkan. salahkan masa. dia tak pernah berhenti. ya, yang bahagia itu selalunya sementara, yang sementara itu lah bahagia. sengsaranya setiap masa, bukan ?

okay, merepek teruk. well, apa yang aku cuba perkatakan ialah,
HOLIDAY IS OVER !
omaigoddd !

No comments: