Monday, 7 June 2010

eh, setiap hari pon penat!

okay, hari ni sumpah penat gila. okay, penat yang menggila.

6 pagi aku sudah sampai kolej dari rumah. syukur, ada Mak Ngah yang tolong ambik kan dari Jalan Duta balik ke kolej. kalau tak, kelam kabut jugak nak naik teksi ka apa. Alhamdulillah.

sampai ja bilik yang sederhana kemas ni, sembahyang dan terus tidur! 7.30 pagi roommate ku yang baik, Nurhanim tolong gerakkan. serius dia baik tau. bertuah dapat roommate baik ni, kita pon terdorong jadi baik, HAHA.

lepas turun cafe dan breakfast, 8.30 pagi terus bergegas pergi dewan kuliah. kelas start pukul 9. kalau lewat, alamatnya duduk belakang laah. kalau duduk belakang, alamatnya tidur dan keluar dewan kuliah dengan otak kosong laah. dari dulu lagi aku memang suka duduk depan dalam kelas. bukan nya apa, mata ni ha, rabun!

dewan kuliah bagi pelajar Alam Bina tersangat laah jauh dan buruk! antik dan vintage yang amat. dengan dimeriahkan lagi oleh spesies-spesies monyet yang separa comel, sangat terbaikk. asalkan monyet-monyet liar tersebut tak kacau hidup aku, aku tahan. HAHA

okay, kuliah start dengan Physics and Chemistry. Asasi Alam Bina belajar basic dan tak terlalu mendalam subjek Physics and Chemistry. ahh. rugi! dah la minat dua-dua subjek ni! Tsk, Tsk.

then, Geometry and Trigonometry oleh Dr. Yong Zuliana yang best! diteruskan lagi dengan subjek Environmental Studies yang memang aku tak faham apa ke benda. mampoihh.

habis kuliah, aku ikut kawan-kawan pergi beli buku rujukan dekat Pekan Buku UM. ohh mak aii. jauh yang amat! naik bukit turun bukit. naik tangga turun tangga. huh, huhh.

dan hari ni start tutorial Chemistry. ahh. kenapa kah sungguh slow belajar Chemistry di sini!? aku pulak dicampak ke kumpulan tutorial AB5, memang slow laah. haih. tak fun! nak bersoal jawab pon malas. huh, huhh. macam ni laah nasib orang yang tukar-tukar course. dicampak merata-rata. huh, huhh.

apa-apa pon aku perlu focus ja. belajar jalaa apa pon. Tsk, Tsk. aku nak jugak dapatkan pointer 3.5 and above. tak nak laah pointer cikai-cikai jaa. kehsian mak bapak aku.

hurm. 11 pagi sampai 5 petang esok ada kelas Komunikasi Grafik. first time nak masuk kelas untuk subjek ni. dengarnya lukis-lukis. haihh. lama dah ni tinggalkan seni dan lukisan ni. minat memang minat, tapi bakat tiada. HAHA. kelas Komunikasi Grafik dan Lukisan Seni Lukis dekat Fakulti Alam Bina yang jauhnya 15minit perjalanan dari Kolej 12. perghh. terbaikk. naik teksi jaa esok ni. hari ni kaki dah nak lucut dah!

okay. sampai sini saja. tidur, tidur, tidur! jumpa lagi! :D

4 comments:

Cik Guli said...

weh senibina dengan alam bina sama dak weh? hehe

pojie said...

haha monyet2 tu dulu prnah cilok ayam dlm pinggan kt kantin sbelah dka 1..comel2 ja monyet tu..boleh buat pet kt uM..x la boring sgt hari2

.::WaNiE::. said...

hihihi

ingatkan uitm jek manyak monyet

oney said...

AYUNI : HAHA. aku pon tak tau, sama la kott. aku belajar jugak subjek seni bina..

POJIE : HAHA. agak comel laa monyet tu. tapi mau kacau aku memang nahas laa, haha

WANIE : mana-mana saja ada monyet nampaknya, :D