Sunday, 20 June 2010

hostel.

okay, hari ni rasa macam bersemangat nak bercerita. wah, wahh. padahal banyak lagi assignment tak siap ni. hish, hishh. lara' betul..

memandangkan dah genap 4 minggu aku memulakan hidup baru di asrama Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah, aka Kolej Kediaman ke-12 ni, ecewah. terasa ingin bercerita laah pulak.

okay. kemudahan di sini memang superb, Alhamdulillah. satu bilik yang sederhana besar ni 2 orang kongsi. katil pon single size yang bukan double decker, syukur. meja belajar pon superb jugak, besar laa, cuma agak messy sebab aku malas mengemas. nanti dah lawa aku post gambar ya, HAHA.

locker saja kureng sikit. agak kecil laah bagi aku. hehe. nampak sangat banyak barang kan. semua nak sumbat dalam locker. senang. kalau semak, aku sorang jaa nampak, HAHA. gila, gila. memang super malas laah aku di sini. tabiat lama dari rumah masih terbawa-bawa. ishk, ishk, ishk.

bilik aku pulak blok C, tingkat 6, which is mengadap tasik dan mengadap hostel lelaki. agak tak best laa part mengadap hostel lelaki tu. tapi mengadap tasik tu kedengaran agak permai lagi mempersonakan. kalau rasa boring, stress ka hapa memang buka balkoni, ambil udara segar sikit. ceh, segar laah sangat kann. dan pintu balkoni bilik aku memang terbuka selalu. biar udara dari luar masuk sikit..

okay, agak best bila pemandangan dari balkoni bilik aku jugak boleh nampak Menara KL. apa yang penting, Shahir cakap, apartment yang dia duduk sekarang jugak boleh nampak Menara KL. kira ada laah juga persamaan. kalau rindu tu boleh laah tengok-tengok Menara pacak tu. HAHA.

merepek.

aku kureng gemar sikit dengan toilet. hish, hishh. aku selalu saja suspicious kalau-kalau ada orang mengendap ka hapa. teruk betul.. almaklum laah.. toilet kena kongsi. kalau kita dalam toilet, tiba-tiba terbau enak dari jamban sebelah, itu sudah perkara biasa. huh.

hidup berkongsi ni memang susah.. tapi aku okay lagi buat masa sekarang. asalkan underwear apa semua guna yang masing-masing! HAHA.

okay, okay. sudah laah merapu meraban sikit sikit. banyak lagi kerja tak siap ni. bye bye!

1 comment:

myra arshad (: said...

HAHA. gila ah kalau semua nak kongsi!

ceceeyy, depa ala ala bercinta dalam drama kot, berlatarkan menara KL. okay aa tuh! ^__^

miss ya!