Tuesday 8 June 2010

Fakulti Alam Bina

hish, hishh. tadi tengah belajar Komunikasi Grafik bukan main semangat nak balik tulis blog. bila dah balik, penat pulak. malas nak menaip apa apa. idea pon terbang melayang, dah tak boleh tangkap masuk sarang dahh.

sumpah penat yang amat sangat hari ni. kalau semalam penat, hari ni super penat! kelas dah laa sampai pukul 5, lepas tu kena berjalan pergi dan balik dari kolej sampai Fakulti. ohh. peluh peluh macam baru lepas terjun sungai. ohh. tipu. tapi serius penat amat laa. 3 teksi aku tahan hari ni, ketiga-tiga teksi tak tau kat mana Fakulti Alam Bina. cilakak. aku pon taktau! so, aku teruskan ja perjalan ikut 3 orang budak lelaki di depan. akhirnya sampai jugakk dengan tercungap-cungap dan basah peluh. huh, huhh.

kelas dekat Fakulti ni macam best laa. pakaian bebas! boleh pakai jeans semua. so, ada laa rasa macam budak college sikit, HAHA. tapi untuk setiap hari Selasa jalaa. 

Komunikasi Grafik tadi belajar melukis, buat assignment dan macam-macam laah lagi. haihh. aku dah laa tak tau melukis, langsung! kata jaa minat melukis, tapi bakatnya tiada! tadi kena lukis mata kawan sebelah, lecturer (Pn. Anum) buat muka pelik sambil kata 'awak tak tengok mata partner awak betul-betul' huhh. tension macam ni.. Puan Anum, actually, I can't draw!

lepas tu kena buat psychomotor, iaitu melukis tanpa tengok kertas. aku lukis bangku. memang takda rupa bangku langsung! then, lukis balik benda sama macam biasa. pun buruk! 2, 3 kali tutor datang tegur. HAHA. bermasalah sungguh aku dengan bidang-bidang lukisan ni. haihh.

takpa, aku cuba jaa yang terbaik. a bad drawing is no drawing at all. so, aku ni kira boleh dimaafkan laa, HAHA. okay then, see ya! :)

2 comments:

ayun said...

gudluck noh oney! betoi2. a bad drawing is no drawing at all. hehehe

syakirahmn said...

oneyy asasi ape?

;)