okay. menjadi manusia biasa seperti kita memang tak lepas dari buat persoalan sediri ala-ala sesi monolog dalaman atau lebih tepat lagi meratapi nasib diri. okay. admit. aku jaa yang macam tu.
kadang-kadang bila dah boring sangat, bangun tengok cermin, mesti akan keluar bubble bubbles persoalan yang semestinya bersifat sangat tak bersyukur! seperti?
kenapa aku tidak putih macam orang lain?!
wakaka. patetik sungguh. aku lahir lahir memang dah tak gebu. hish. terima sahaja nasib aku menerima allel dominant dan menjadi second filial dalam salasilah keluarga. yaa, tok sebelah mama aku pon memang gelap jugakk. yang hairannya, aku seorang jaa yang hitam gelap. Sobs. dulu-dulu waktu kecik selalu kena kutuk dengan Aiman yang akan kata aku anak angkat, gelap and whatsoever. aku balas balik dekat Aiman, 'hang tu anak pungut jaa, sebab tu sorang jaa laki' wakaka. padan muka.
kenapa aku gemuk?! (dalam family aku paling berisi)
yang ni tak masuk akal. bukan aku yang gemuk sebenarnya, orang lain dalam keluarga aku yang kurus kering! HAHA. aku tak muat pakai baju kahwin zaman tok aku dulu. jadi, dilabel sebagai gemuk. hish hishh. well. waktu zaman bayi dulu memang aku agak gemuk laa. 3.5 kilos keluar dari perut mama. dahsyat. thanks mama!
kenapa kening aku tak terbentuk, malah tak lebat pulak?!
okay benci. tak cantik langsung!
kenapa rambut aku tak hitam berkilat?!
hish hishh. pencemburu punya budakk. nasib baik pakai tudung kann. rambut aku nipis, lambat panjang pulak tuu. umur 2 tahun, rambut macam baru lepas cukur lagi.. okay, tipu.
kenapa mata aku tidak hitam dan tidak koko?!
benci jugakk. tak menarik langsung. mata aku dah laa rabun, kiri kanan berlainan betuk pulak tu. cacat ka hapa. tekanan perasaan jugak macam ni.
kenapa gusi aku sungguh besar, kalau senyum luas mesti nampak gusi?!
selalu kena ejek. benci, benci.
kenapa dahi aku luas?!
sebab aku bijakk. HAHA. tapi, tapi, tapi. pernah seorang kawan mama berbangsa Cina tanya, 'siapa paling pandai?' well. mama tunjuk aku laa. HAHA. kembang kempis jugak waktu tu. biasa laa. budak-budak..
tak kisah laa berapa banyak kekurangan fizikal yang aku ada, diberi peluang merasa hidup sudah cukup. at least mak aku tak campak aku dalam tong sampah lepas aku lahir. syukur.
5 comments:
aku pun tak cerah
kalau cantik sangat susah gak oney
nanti riak
:)
heh. hahahaa. tau pun. x cantik xpa. personaliti attractive. thats enuf! hehehe.
muka dah manis okey la tu. hehehe
kalau aku cantik tak kawan laa dengan hampa nohh. HAHA
babe : tak baek oh cakap cam tu.
kita ni patut bersyukur.
sekurang kurangnya ada jugak org sayang, ada jugak org mau kawan.
allah jadikan manusia tu berlainan.
baru unik!
i like you! dah cantik :D
Post a Comment