Thursday 8 April 2010

yang tiada lagikan dikenang..

malam ini, tiba-tiba aku teringat pada arwah tok.. rasa rindu yang paling aku tidak gemar, rindu pada yang telah tiada, Juriah @ Intan binti Mohammad. dia yang lebih selesa kami gelar Tok Intan sudah pergi mengadap Ilahi pada tanggal 20 Julai 2007..

sudah hampir 3 tahun kami hidup tanpa dia. tapi kesedihan dan rindu tu masih ada dan selalu ada. manakan tidak, dia laah yang membesarkan aku sejak kecil, beri makan, melayan kerenah itu ini. memang susah terima hakikat dia yang paling disayang sudah tiada lagi, tak mungkin berjumpa lagi.

ehem, kalau nak tau, senyum manis aku turunnya dari Tok.. cewah perasan. takk, bukan. mama yang kata. HEHE. tapi senyuman Tok aku kira mampu buat siapa-siapa saja tenang. sungguh ikhlas. belum dengar dia bercakap lagi.. penuh toleransi.. yang marah bisa tenang, yang sedih boleh tersenyum.

bila aku dikhabarkan Tok sudah tiada. dunia aku kosong. kelam semuanya. terkejut, terpaku. apa yang aku tahu hanya menangis, menangis dan menangis. menyesal..

kami dulu memang nakal. apa yang dilarang tu itu laa paling teringin nak buat. kalau ruang tamu dekat rumah Tok dulu, selalu jadi mangsa untuk buat tapak khemah. ambik selimut buat khemah, kusyen buat kubu. zaman tu sofa belum top lagi..

ada sekali tu, aku, Aiman dan Tok nak kait buah mempelam. aku dan Aiman naik atas bumbung bangsal yang memang dah nak reput aku kira. Tok aku mesti laa kait area bawah jaa. kait-mengait dia memang pakar. takk, bukan. semua benda Tok memang pakar.. aku dengan Aiman tukang kutip saja. lepas tu kami berdua naik atas bumbung, nak tolong petik laah konon. aku macam biasa, pro habis laah gaya berhati-hati macam Michelle Yeoh. Aiman dah macam Jackie Chan, fun semacam jaa aku tengok.

tiba-tiba kayu bumbung yang reput tu patah. apa lagi, jatuh laa dia. aku memang cuak habis. siap menjerit nama adik aku dengan penuh kasih sayang lagi. rupanya selamat saja, takda sedikit kecacatan pon. cehh.





hah, ini dah masuk cerita lain ni.. okay, okay. terima kasih kerana masih membaca. beria-ia sedih merambu ramban tadi, alih-alih terkedek-kedek pulak. bagus laah. tak baik menangisi dia yang telah tiada. hanya doa dan kenangan saja yang masih tinggal..

terima kasih kerana membesarkan kami semua, Tok.. semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang yang tidak terhingga buatmu..

5 comments:

Ken Wooi said...

sorry to hear about the loss..

oney said...

thanks kenwooi :)

ファウジ said...

aku still ingat lg arwah tok hg..slalu gak p umah aku...

.::WaNiE::. said...

tu la baca dua perenggan pertama mcm sedih2 jek

pastu jadi story kelakar pulak

anyway al fatihah untuk nenek awak ;)

Amirah said...

takpa, aku tau hg memang sedih, nak buat macam mana, orang yang terpilih dahulu.

dan menyelitkan unsur unsur jenaka lagi tuu,
haha, besa la budak budak, memang suka macam tu,
aku dgn adik aku ligan ayam wan aku sampai meninggal.