Friday, 5 February 2010

Tips Rambut Cantik Semulajadi.

ecewahh, title macam bagus. haha.
okay, aku baru lepas mandi dan memanjakan diri. ahh, suka.
part yang paling penting, cuci rambut. serius, aku malas nak cuci sebenarnya, tapi terpaksa. yalaa, takkan nak biar rambut busuk, berminyak kot, tak selesa pulak kann. lagipun bila rambut wangi, sihat, kita akan rasa lebih yakin, selesa dan happy, kann.

rambut aku tak laa cantik, tersimpan elok saja di sebalik hijab, sapa tau. messy, buruk, serabut, busuk. tapi my sister cakap, aku lagi cantik tak pakai tudung. aww, haha. nonsense. terima kasih laa kak. :)

berbalik cerita tadi, aku bukan laah mahu bagi tips, tapi lebih kepada benda yang aku amalkan dalam seharian. erk, kadang kadang tak amalkan pon walaupun tau apa yang terbaik untuk kesihatan rambut ni. well, biasa laa tu, malas.
tapi, benda baik kalau dikongsi akan bertambah kebaikannya kan. like people said, sharing is caring. lets see !

1. ramai orang kata, cuci rambut setiap hari dengan shampoo akan buat rambut rapuh dan luruh. tapi sebenarnya, lain orang, lain jenis kulit kepalanya. sesetengah orang, kulit kepala cepat berminyak, disarankan untuk cuci rambut setiap hari. tapi, seeloknya, cuci rambut selang sehari, supaya kulit kepala akan sempat untuk kembali neutral dari segala chemical yang ada dalam shampoo. (selalu shampoo setiap hari sebab nak wangi, haha)

2. gunalah conditioner selepas cuci rambut dengan shampoo. paling mudah, cari shampoo yang sudah tersedia sekali dengan conditioner. mudah dan cepat. hah. jangan pandang sebelah mata saja pada shampoo hotel. selalunya, shampoo hotel sudah tersedia dengan conditioner, mungkin dia tak sewangi sunsilk, tapi ketahui laah anda, shampoo yang wangi, mengandungi lebih banyak chemical, yang mana, sangat tak bagus untuk kulit kepala. (rejoice sangat best, kadang kadang aku guna shampoo The Summit Hotel, best.)

3. selepas basuh rambut, jangan terus sikat. balut rambut dengan towel. best. rasa segar jaa. balut laah selama yang boleh kalau free. agak agak dah kering, baru sikat. dan lihat hasilnya, rambut tak akan freez dan lebih lurus nan lembut. sebolehnya, jangan guna pengering rambut, kerana rambut akan kusam. iron rambut pon tak bagus, tapi kadang kadang tu boleh laa kott. (aku memang malas sikat rambut )

4. jangan selalu biar rambut terdedah pada cahaya matahari. padahnya, rambut akan rapuh dan mengalami keguguran ! seeloknya lindungi rambut anda dengan scarf ataupon topi. boleh juga mencuba hair mist ataupun hair serum untuk lindungi rambut dari cahaya matahari yang membahang. bagi yang bertudung, memang untung. sebab itu selalunya, orang yang bertudung, rambutnya tak bermasalah. :)

5. biarkan rambut bebas terurai sewaktu tidur. elakkan mengikat rambut sewaktu anda tidur kerana rambut akan rapuh.

6. seeloknya, cuci rambut pada waktu malam. tahu kenapa ? bila anda bangun pagi keesokkannya, nescaya rambut akan cantik bak model iklan dan hari anda akan lebih indah. cuci rambut pada awal pagi pon tak ada masalah. :)

7. bagi rambut yang berkelumumur macam saya, haha. boleh cuba tips mama. lumur limau parut pada kulit kepala. rasa segar dan kelumumur berkurang ! lebih mudah, gunalah shampoo rejoice anti dandruff berwarna pink. haha

8. elakkan memakai anak tudung terlalu ketat. sebolehnya, beri ruang untuk pengudaraan. penting okay. kalau tidak, rambut akan berbau, malah si pemakai akan mudah sakit kepala. (sebab tu laah aku pakai hair band saja)

9. selalu laah trim rambut 6 bulan sekali untuk elakkan rambut bercabang. (aku dah tak potong rambut setahun lehih, tak sempat, busy)

10. apa lagi yaa ? hah, jangan terlalu obses dengan produk penjagaan rambut. bisnes saja itu semua.


okay, itu saja rasanya. tips tips yang basic semua mesti dah tau kan. mahu atau tidak saja untuk dilaksana. ketahui laah, rambut sihat, kepala pon terasa ringan walaupun rambut anda panjang bak manyang mengurai. kebersihan itu separuh dari iman

till then, thanks.

2 comments:

Amirah said...

haha, cool cool
tapi la ne terpaksa cuci rambut setiap hari,
nanti kita amek limau purut,
best ohh rambut wangie jaa

oney said...

haha, best apa shampoo setiap hari,
mandi pon sekali sehari jaa,
elok laa mewangi kan diri :D