Saturday, 6 February 2010

masa depan.

okay, aku tau, apa jadah aku update blog sehari dua kali.
takpa laa, sementara senang sebelum susah,
lapang sebelum sempit. kann.

hari ni aku nak luah perasaan pasal masa depan aku yang makin gelap nehh.

ramai kawan kawan aku dah masuh kolej. buat A-level, foundation. ada yang guna duit parents, ada yang dapat scholarship. ada yang dah sampai singapore ponn. ada jugak yang sibuk isi borang Taylor's laa apa laa. aku masih sini jugak. yalaa, nak masuk IPTS memang tak mampu laa wehh. macam aku selalu kata, 'duit takda, harta takda, cable takda, rupa pon takda, harap pelajaran jalaa'
gila ayat macam loser. -.-

yang menjadi kebingungan dan kerisauan aku, pelajaran pon aku rasa tak tera mana, tak segah pon. tengok gaya aku jawab SPM hari tu, relax banyak jaa buat mistakes. not my very best performance. urghh. bengong nak mampos. menyesal pon tak guna. tawakal dan terima jaa ketentuan nanti. takpa, aku mampu hadapinya. InsyaAllah.

pasal biasiswa pulak, aku tak tau nak cari. ramai cakap kena pandai pandai cari kat internet, papers. gila wehh, mana aku ada pengalaman. kakak aku pon takda nak bagi bantuan. terkontang kanting laah aku. bingung.

aku teringin nak study, aku jemu dah takda nak buat apa. bosan dohh. otak pon dah tepu. assignment mak aku, assignment kawan mak aku pon dah siap. aku takda kerja dahh. tolong laah. beku dah otak neh. bagi soalan function pon ntah ntah tak bleh jawab dahh.

aku ada terfikir, kalau result aku biasa biasa saja, aku nak sambung uitm jaa, buat diploma ukur bahan. lepas tu baru aku sambung degree. kalau rajin, ada rezeki, aku buat master pulak. gila banyak kerja. tapi apa boleh buat, itu jaa aku mampu. tapi bila bagitau mak aku, dia marah pulak aku cakap nak pi uitm jaa. haha. nak sponsor oni masuk UTP kaa ?

hurm, kalau result aku agak agak okay, cukup makan, boleh laa mintak mara, JPA aku tak mampu. pasal cita cita nak ke UTP, aku rasa patut aku pendam saja. tak dapat biasiswa, mana mampu beb. kehsian mak ayah aku. depa pon nak hidup senang jugak. (kalau abah baca ni best, boleh dia sponsor, haha)

apa apa pon, start hari ni, aku rasa aku nak fikir masa depan lebih sikit. aku pon dah nak masuk lapan belas. elok laa berfikir macam orang waras sikit. at least cita cita kena ada dah selain dari cita cita nak jadi suri rumah sepenuh masa tu.

kalau ada apa apa perkembangan mengenai cita cita dan matlamat aku, InsyaAllah aku update sini. tapi janji laah, jangan gelak atau pemain aku pulakk. aku insan hina yang serba kekurangan saja. aku baru nak nampak dunia. -.-"

5 comments:

Nor Anati said...

oney.. no worry nanti mesti ada ja dapat offer kat mana2..if tak first intake.. masuk ja second intake.. erm.. but if nk buat diploma ja.. better wat form6 dr diploma.

mierah said...

cool, aku pun terkontang kanting,
taylors tu kalau result elok,
jpa ka mara sponsor boleh la,
mau dak tu allahualam,
aku bukan berada mana pun,
takpa,
nanti kita p education fair tu okayy,
dah dah,
la ni tawakkal sementara dapat result,
buat research sama sama kawan kawan :)

oney said...

kak anati : insyaAllah, tak nak masuk form 6, taktau laa macam mana kak, nanti apa apa perkembangan oney update, thanks for the advice. :)

mierah : yeahh, nanti pi, tekanan jugak fikir nak sambung study. :D

myra arshad (: said...

xpa, org pndai jgn risau.

selalu la berdoa tuhan bukak pintu rezeki dlm pelajaran. hee~

oney said...

pandai ?
taktau laa kak,
rasa macam buat banyak sangat mistakes.
apa apa pon, oni terima jaa nanti,
harap mama pon terima juga apa oni dapat.
sedih kalau tak boleh happy kan dia jaa.