Sunday, 14 February 2010

kekasih.

haha, gila romantik sebut 'kekasih'.
okay, okay, disebabkan ramai orang menyatakan bahawa 14 Februari hari kekasih, mari ikuti angan angan aku dulu dulu, tentang ciri ciri lelaki idaman. haha.
ups, jangan salah sangka, aku memang tak pernah sambut Valentine. bukan budaya kita, harap maklum.

okay, ikuti kisah selanjutnya, cewahh.

aku tersangat mengimpikan boyfriend yang cool. haha. yang rambut tak sikat, serabai, tapi cool. berselipar, selekeh, tapi cool. jalan longlai, macam stone, tapi cool. ohh, cool itu sangat abstrak bagi aku.

aku juga sangat suka lelaki yang main sukan. cool bebeh. bila berpeluh sangat seksi yaa. haha. at least, minat sukan pon okay, boleh buat teman berjaga tengok EPL. take note, saya tersangat benci MU yaa. ohh, tiba tiba rasa sangat tak sabar menanti World Cup.

sejak dulu, aku mengagumi lelaki berseni, yang minat muzik, tahu bermain instrument. at least, boleh menyanyi. haha. aku bila berangan memang sangat demand. maaf, -__-'

aku gemar pada lelaki yang unpredictable. yang secara tiba tiba, tanpa sebab kukuh, pegang tangan girlfriend, paling tidak, letak tangan atas bahu bila berjalan atau duduk. even depan orang, bertindak sweet tapi masih cool. okay, cool lagi. mesti ramai sudah menyampahh.

lagi satu, aku mudah jatuh cinta pada lelaki yang ada good sense of humor. yang boleh berlawak, bergelak bersama, dan paling penting, aku faham lawak yang nak disampaikan. yang pasti, bukan lawak bodoh okay. menyampahh.

eh, betol. aku dulu dulu selalu ingin suami kaya, sebab aku agak materialistic. haha. wang ringgit sememangnya tak mampu membeli kebahagiaan, tapi kadang kadang, kebahagiaan juga bergantung kepada wang. setuju bukan ?

aku suka lelaki tegas, sebab aku terlalu ingin menang dari segala segi. dan aku perlu seseorang untuk mengawal dan monitor aku setiap masa kerana aku sangat perlu seseorang untuk bergantung, malah masih tak boleh berdikari. senang kata, aku suka lelaki matang tapi cool. haha, cool lagi. sudahhh.

apa apa pon, semoga jodoh bersama Shahir berpanjangan. tu semua angan angan dulu dulu okay. jangan merajuk yaa bebeh. kamu pernah tanya kan ? haha. nahh. ini jawabnya serba sedikit, banyak banyak lagi, dah lupa laa.




p/s : post ini paling aneh, sudah tertunggak dalam draf selama 2 hari.

4 comments:

Myra Arshad said...

okay fine, post ini sgt cool okaayy

oney said...

haha ! cool apa kebendanya laa,
btw, thanks singgah yaa kak. :)

its Atiq said...

haha..oni... aku rsa 80% dah ada kut kt shae... hehe.. pa2 pon gud lux n smoga bahagia..!!!

oney said...

hahaha !
ada eh atiq ?
shahir tak cool, dia busuk, hahaha.
jangan marah bebeh :D

btw, thanks wehh.
aku doakan hang jugak !