Wednesday, 24 February 2010

handbags by me, tag by mierah.

walaupun aku ala ala rockers tegar, handbags tetap menjadi pilihan. cakap cakap orang, handbags nampak feminin, tapi bagi aku, handbags nampak sempoi sajaa, tak semestinya kau bawa handbags, kau girlish gila. aku tak suka letak barang dalam poket seluar atau poket baju, aku lebih rela pegang. tapi bila aku pegang, aku akan letak merata-rata dan lupa. sebab itu laah aku perlu bag untuk letak semua barang sekaligus. dalam handbags aku wajib ada fon, purse, mineral water, handkerchief atau tisu. kalau ada event menarik, wajib aku bawa camera. handbags sangat sangat berguna untuk aku, sekarang bila tak bawa handbags, rasa ringan dan tak cool. haha



Fila. ini handbag first aku try pegang, bawa keluar sekitar Kangar waktu aku form 2. aku rasa semua mata tengok pelik jaa budak hingusan pegang handbag. kawan kawan pon macam weird jaa dengan aku. demam apa kau budak tomboy bawa handbag. tapi aku rasa handbag ni macam sporty jaa, kesah apa aku. confident kena ada. haha. sekarang bag ni dah tersimpan elok elok dalam plastic bag, letak dalam almari. bila aku cakap dengan kakak aku cakap nak buat bag ni pencil case, dia marah pulakk. dari tersimpan dalam almari, ada jugak jasa pada aku. takpa laah, nanti afini besar sikit, Fila akan jadi hak milik dia.


Radioactive. aku beli dekat Sogo time trip lepas PMR. murah, RM39.90 jaa, colour dia purple pulak. nampak nampak terus aku pergi kaunter, bayar, tak fikir banyak dahh. ini handbag first aku beli sendiri. haha. kenangan lebih laa bag ni. aku sayang. tapi dah outdated, so dah tak guna. zaman ni oversize handbag tengah naik. waktu ni aku rasa tak ramai lagi pakai handbag size besar, bila dah start ramai yang guna handbag ala ala Radioactive ni, aku dah stop guna dia, kasihan. tu laah, habis madu sepah dibuang. maaf le. lepas tu aku buat dia shoe bag pulak, teman aku time training sukan. memang berjasa.


Vintage bag, mama punya. mama dulu banyak bag, tersimpan elok dekat rumah Kampung Paya sana. vintage kan tengah naik, aku pakai jaa mana ada. save bajet sikit. bag ni aku suka sebab dia sling bag, genuine leather, chocolate. sempoi jaa. kalau nak santai santai, aku bawak ni jaa, mudah. kekurangannya, compartment dia kecik sangat, tak muat untuk letak botol air.


Vintage bag, mama punya jugak. aku suka jugak yang ni, besar sikit dari yang tadi, tapi still tak muat letak botol air. jarang guna bag ni, sebab aku memang selalu pakai baju hitam, bila bag hitam, tak cool laa. haha


Maroon vintage bag. kakak bagi sebab dia dah tak guna. aku baru guna dalam 2 kali, pergi buka puasa dengan kawan-kawan. semua okay, tapi tak sesuai bawa pergi kelas sebab tak muat letak buku-buku.

Promod. handbag paling mahal aku ada. haha. ini pun kakak bagi. dia sayang bag ni, tapi aku naakk jugak jugak. haha. terima kasih yaa kak. hihi. Cikgu Azu dan Teacher Saniah pernah cakap bag ni cantik. yes it is. besar, muat letak macam macam dan sempoi. bag ni laah aku bawa pergi sekolah, tusyen, swimming pool, jalan jalan, shopping. mana lagi?! susah senang dia ada. kira ini memang bag kesayangan laah.


Vintage bag, mama punya. yang ini pon suka jugakk. nampak rare, haha. material dia cantik, bentuk pon sempoi, compartment pon okay. suaikan dengan baju kurung pon cantik, guna waktu lepak pon terbaik. bag mama dulu dulu kena bahagi sama rata dengan kakak, baru adil. -__-

stunning yellow bag from kakak. suka sangat bag ni sebab colour dia memang striking. Atiq pun suka, haha. compartment pun okay, cukup besar. boleh jadikan sling bag. so, multipurpose laa kann. untung. tapi bawah dia dah koyak sikit. boleh jahit, tapi malas. haha.

Alain Delon vintage bag, mama punya. serius jatuh cinta. nampak classy, tapi kakak kata nampak lebih matang dari usia bila pakai bag ni, haha. so, masih mencari waktu sesuai untuk guna bag ni. mungkin bila pakai baju kurung, tapi bila nak berkurung?! haha.


okay, ini saja aku ada. tak mampu beli lebih. nanti nanti pergi shopping memang akan beli handbag. siapa siapa nak beli hadiah tu, ehem, cari laa handbag. haha

till then, thank you for reading.

6 comments:

myra arshad (: said...

nanti besday kak bagi hadiah hndbag okay. haha

oney said...

haha, handbag?
takda bajet laa kak, haha.

myra arshad (: said...

haaa, xpa xpa. menabung dari sekarang. hahahah

oney said...

hahaha, memang tengah menabung ni kak :D

mierah said...

haha, cool cool, suka okay putih tu :D

oney said...

hahaha, tapi malu nak bawak mana mana.
nanti orang cakap aku makcik umur 30, haha