Saturday, 23 January 2010

Tips Bertudung

setiap apa yang disarung pada badan melambangkan diri si pemakai kann.

okay. hari ni dalam sejarah, aku rasa macam nak bagi panduan berpakaian. bukan nak tunjuk bagus, tapi rasa amat ingin berkata sesuatu. selepas mangadakan sesi blog walking petang tadi, aku rasa semacam amat perlu menyuarakan pendapat yang tak seberapa ni. apa apa pon sila ke sini dulu untuk sesi mukadimah. sini.

cantik kah pakai macam tu ? disaster kan ? sesungguhnya, anda, kamu dan awak awak semua pon tak nak berpakaian macam tu keluar rumah kan. even dalam bilik sorang sorang saja suka suka nak test power pon lebih baik jangan !

buat anda anda yang manis bertudung, teruskan pencapaian cemerlang kamu. tapi, tapi. jangan sesekali pakai baby tee, mini skirt dan bertudung macam adik tu. ahh. kita bukan hanya bercakap mengenai imej, tetapi martabat tudung tu. belum kira martabat wanita Islam. bila tengok gambar tu pon mesti dah rasa malu sendiri kan. so please, adik adik dan semua yang membaca, jangan pakai macam tu lagi, okay ?

erm. nak jugak pakai mini skirt, baby tee and tudung ? boleh sayang. cuma tambahkan legging, hurm, black would be great, legging corak corak pon ada. then, pakai laah jacket or cardigan untuk cover tangan anda yang gebu tu. easy right ? tetap manis bertudung malah bergaya pula.

bertudung bukan bermakna tak boleh bergaya dan sentiasa up-to-date. siapa cakap ? dah ramai wanita, gadis gadis yang bertudung, tetap bergaya dan kelihatan sangat sangat menarik tanpa perlu banyak mendedahkan sana sini.





tips memilih tudung :

1. cari tudung daripada jenis kain yang mudah dibentuk. I prefer pashmina. :D
2. pilih tudung yang bercorak apabila anda memakai baju yang tak bercorak dan, elakkan memakai tudung yang bercorak ketika memakai baju juga bercorak.
3. elakkan pakai tudung berwarna gelap dan kusam sebab akan nampak jauh lebih tua dari usia sebenar. tapi, aku tetap pilih hitam ! :D
4. tudung berwarna hitam dan putih mudah dipadankan untuk semua jenis baju. beranikan diri mengenakan aksesori tambahan seperti rantai, gelang. jam tangan juga aksesori yaa.

5. beranikan diri mencuba tudung dari pelbagai jenis kain selain tudung bawal supaya nampak lain. sekarang kan dah banyak trend selendang, Ariani and what so ever. apa salahnya mencuba sesuatu yang baru. hah, dulu waktu aku masih speko, sangat rasa tak yakin untuk berselendang. kakak dah lama berselendang (dia dulu dikutuk sebab berselendang, sekarang yang kutuk tu pon berselendang jugak), aku teringin tapi hanya pendam saja keinginan yang membuak tuh sebab sangat low self confidence. now, I regret.

6. warna tudung yang terang seperti purple, orange, merah, pink, kuning melambangkan anda seorang ceria dan berkeyakinan tinggi. tak salah mencuba. kadang kadang kita perlu berani dalam menata gaya kann. :)
7. elakkan memakai tudung yang sama warna dengan baju. old fashion okay. :D

8. bertudung biar kemas dan yang paling penting, selesa. bukan hanya mahukan gaya.

**

buat anda yang tidak bertudung. tak apa. jangan gelabah kalut kalut mencari penutup kepala. mungkin masih belum terbuka hati buat kamu bertudung. yang penting hati bersih kann. yang tak bertudung pon boleh kenakan macam macam gaya untuk tampil menawan. apa kata beranikan diri mencuba head band, head gear, scarf. sekarang kan tengah in. :D

kalau kalau rasa mahukan panduan berpakaian, rajin rajin laah google. okay serious, aku selalu buat kerja ni. eh. bukan kita meniru, tapi rasa puas bila tengok model model antarabangsa pakai lawa lawa. berhias pon boleh manaikkan self confidence. penting juga tu. kalau malas googling, beli laah majalah. I prefer Cleo. dah bertahun setia dengan Cleo !

apa apa pon, harap lepas ni apa yang kita sarung dibadan, diberkati Allah. :D


p/s : my personal fashion icon : kakak. haha

4 comments:

basyier said...

thumbs up, bagoih bertudung??
tp free hair pon sy ok..
huk2.. liberal kah aku??

oney said...

haha. universal.
kita dah terbuka minda. :)

bertudung tak semestinya baik,
tak bertudung bukan jahat.

Myra Arshad said...

whoa, suka gmbaq yuna tu. hehe

oney said...

hahaha.
sapa tak suka dia tu pelik.
tak kenal maka tak cinta. :D