Monday 7 February 2011

Monday blues.

sungguh tak gemar gua dengan hari Isnin. untuk menambahkan lagi rasa tak gemar tersebut bila diri ini yang suci lagi murni ditimpa penyakit, iaitu demam. apabila demam, datang lagi satu penyakit, iaitu tonsil. maka, disebabkan gejala Isnin biru, demam dan tonsil, ditambah perisa malas secukup rasa, aku isytiharkan cuti di hari Isnin. hehehe. mudah. tak payah mandi pagi sejuk sejuk. lepas subuh naik katil, tarik selimut, pejam mata sampai pukul 11. bagus Oni, bagus.

dan esok ialah hari penamat hidup gua. presentation Architecture and Art, pre and post Renaissance yang tak tahu bagaimana nasib kertas kerja, apatah lagi nak menyusun ayat di depan kelas. urghh. masak hangus. itu belum kira Make Sense project. mock up? apa jadah semua itu?! bukan boleh makan. haih. jangan mengeluh Oni. harung saja apa ada di depan. siapa suruh ambik jalan yang penuh duri. heh. tak menarik pulak hidup kan kalau badan takda luka-luka, parut, menanah. hah. itu ayat orang macho yang kata.

lagi 2 bulan nak habis Pasum. oyeah. lepas tu duduk rumah lah puas-puas. niat di hati nak cari kerja. kalau ada siapa-siapa tahu ada jawatan kosong sebagai manager atau bos bukan kuli batak, yang kerja goyang kaki, boleh online, masuk kerja sesuka hati, gaji masyuk, sekitar Kangar, sila bagitau. hmph. cantik. memang tak ada lah!

okay. memandangkan Pasum dah nak habis, final dah dekat, project makin susah. aku harus, mesti dan wajib belajar bersungguh-sungguh! buang sifat malas, lempaq jauh-jauh perangai bertangguh kerja dan jadi lebih serius. serius. serius. serius. ini pecutan akhir Oni. kalau dulu merangkak, lari-lari anak dan lari-lari bapak. sekarang masa untuk pecuuuuuutttttt! go go go!

hmph. pecutan akhir lah sangat kan kalau dah first day start lecture dah ponteng. online 24/7. kerja tak siap, disiplin takda apa semua. bagus Oni bagus.

No comments: