lambat gila kan nak update berita dari rumah. tak kesah laah. bak pepatah bijak pandai, better late than never. tapi bagi aku, better late than never hanya untuk pesalah yang mencari alasan munasabah untuk lari dari hukuman. eh, betul kah ? okayy sudah, sudah. out of topic dah ni..
mengumumkan..
aku sudah berjaya menjejakkan kaki di bumi Perlis pada tanggal 5 September 2010, jam 6.30 pagi. gembira di hati jangan ditanya. perjalanan menjadi lebih menarik bila bertolak pulang bersama orang tersayang. wahaha. cess. aku tiidur jaa sepanjang jalan. menarik kah? hehe
harem. merapu tak sudah sudah. okay, okayy. ini cerita sepanjang 3 hari di rumah.
5 September. tidur, tidur, tidur! masa untuk berhibernasi. mengqada' tidur tidur yang tidak cukup sepanjang di kolej.. ahh. sungguh bahagia rasa tidur di tilam empuk berselimutkan comforter tebal tambah pula disejukkan oleh penghawa dingin bersuhu 18 darjah Celcius. terbaikk.
6 September. bazar ? dan terawikh di Masjid al-Kauthar, Paya. ya, di situ kampungku, tanah tumpah darah. tanah yang selalu di rindu rindu..
7 September. berbuka bersama teman-teman di Mona Ikan Bakar, Kuala Perlis. malangnya tiada ikan bakar... kecewa seperti mahu menjerit-jerit hingga keluar anak tekak. percaya atau tidak, susah benar nak mencari ikan segar di UM. apatah lagi ikan yang disiang dengan elok dan dimasak dengan superb. tapi tak mengapa, katanya kita akan ke sana lagi sebelum pulang ke kolej. yeah! saat saat melantak memang super best! maka tak hairan lah bilnya hingga mencecah RM350! memang cekik darah betul di bulan yang mulia ini. cilaka. tau laah musim cuti, tapi agak agak laa wei !
gambar berbuka lain kali okay. tak sempat upload. busy nak raya kononnya.
okay lah. jumpa lagi nanti ! bye! :)
1 comment:
huh. mahai gila.
ari isnin kak p makan dgn member2 kena rm240 ! gila btoi. pokai duit kami! HAHA. kak pn makan kt mona jugak !huu~
Post a Comment