okay, tajuk tak menahann. geli geleman aku baca. sebenarnya aku nak kasi title 'steamboat, Kuala Perlis dan 7E'. tapi dangdut jugak part paling menangkap yang aku ingat. pening sampai hari ni, haha. okay, metafora jaa tu semua.
semalam, budak budak takda hidup, iaitu aku, Alieya, Helmie, Mierah dan Arep telah membuang masa dan duit di Mai Cafe. waiter Mai Cafe haritu, fresh punya. sempat lagi aku bermain mata dengan dia. Shahir namanya. siap exchange number fon lagi. message punya message kami couple. lepas ni dia cakap bila dapat gaji dia belanja aku kasut baru. haha
aku makan besar semalam. tomyam friend rice, steamboat, ice white coffee, kenyang habis. lepas tu kami gerak pergi Kuala Perlis sebab frust tengok Chelsea main. kali ni Arep drive, ada makcik JPJ kat sebelah iaitu Mierah, haha. rupanya ada bazar dangdut depan Hotel Putra Brasmana tu. okay, nama bazar dangdut tu aku cipta sendiri. sumpah pening dengar muzik dangdut dangdut ni semua. kuat pulak tu. takda muzik lain ka. Canggung best sikit. penat pusing, kami blah. seterusnya, singgah 7E. abang casher 2 orang tu jadi bahan kutuk. okay, sumpah tak masuk akal. menyanyi nyanyi time customer masuk. aku rasa mungkin muzik iringan, sambutan besar besaran sempena kedatangan kami mencemar duli. -___-"
hari ni aku rasa tak sihat laah. tadi aku pitam, nasib baik tak jatuh. tekanan darah rendah. badan pun dah mula lenguh lenguh. kaki terasa makin sejuk. aku harap aku tidur malam ni, esok masih sempat terjaga. bertahan oni! Selasa ni dah JPJ test, bertahan! erk, sumpah tak confident JPJ test ni, haha.
apa apa pun terima kasih kerana masih membaca. tiada gambar untuk update hari ni. aku lupa bawa camera. sekian, jumpa lagi ;)
No comments:
Post a Comment