Wednesday, 17 February 2010

makanan kegemaran saya ialah nasik

'asyik asyik nasik jee, takda benda lain ka' kata si budak kembar dengan nada bajet manja dan bahasa baku habis.

okay, tu laah situasi biasa kat rumah ni, nak makan nasik sampai kena paksa. budak kembar memang ada masalah makan yang kronik. kalau nak tengok budak kembar makan besar, kena ada chicken chop, fish and chip, kuey teow hailam pak chop, KFC atau McD. okay, sangat melampau kann. dari kecik, kami semua memang macam tu, tak gemar nasik. zaman kanak kanak dulu selalu makan roti, roti Gardenia yang besar tu 2 hari dah habis. kalau nak makan nasik, ada cara tau, kena suap ! selalu arwah tok laa yang akan melayan kami semua. bila tok tanya nak makan ka tak, semua akan jawab tak nakk. tapi bila tok start suap, siap kena beratur lagi tunggu turn. gila pemalas lagi mengada ngada.

tapi sekarang bila masing masing dah besar panjang, pandai pandai sendiri laa nak makan ka takk. gila tak makan wehh, kebulur laa. melampau sangat kalau nak tunggu mama suap. haha.

sekarang baru aku sedar, yang nasik tu sedap lagi berkhasiat. aku tak pernah ada jawapan kalau ditanya soalan bab makanan kegemaran. sebab semua makanan aku makan, asal namanya makanan, automatically aku akan gemar. tuh laa susahnya nak menjawab. senang senang bila orang tanya, aku jawab makanan kegemaran saya ialah nasik. makanan ruji wehh. seminggu tak makan nasik boleh gila jugak. setakat 2 hari boleh laa aku tahan.

esok aku balik kampung. memang sedap laa aku melantak. rindu sangat dah pada lauk pauk tok masak. pekasam dan sambal belacan tok memang terbaik laah. siapa boleh lawan ?!

8 comments:

ファウジ said...

aku punya nasik goreng the best dlm dunia blh lwn pekasam tok hang

oney said...

cehh. buk mai aku rasa !
hang masak ? terbaikk laah. haha

FamousAnynomous said...

kah3, betui. nasik is the best !
kenyang pown kenyang..
btw, masakan tokk mmg mantap kot.
masakan org lama.
vintage gtuh.

oney said...

hahaha !
yes ena, I'm agree !
nasik memang terbaikk,
masakan orang tua, ala ala vintage gitu, haha.

ファウジ said...

geli mndgr perbualn pompuan...*joking

oney said...

sekolah kau takda pompuan, lame ! haha

ファウジ said...

ada la..ckgu2 pompuan suma cute2 blaka

oney said...

haha ! tip top laah ngorat cikgu. :D