Sunday, 4 October 2009

38. ilmu..

aku ada mendengar sedikit tazkirah sewaktu kem score A hari tu.
ustaz cakap,
' orang yang berilmu akan diangkat martabatnya '
' ikhlaslah dalam menuntut ilmu '


diangkat martabat sama ada di dunia mahupun di akhirat.
tok ada cerita, pak long dulu 3,4 kali ambik STPM.
akhirnya berjaya.
walaupun tok, tokwan hanya penoreh,
berjaya juga membesarkan anak-anak jadi orang berilmu.
mama pula anak kampung pertama melanjutkan pelajaran.
aku rasa aku cukup bertuah lahir dalam keluarga yang pentingkan ilmu.
di saat aku lihat al-Quran tulisan tangan yang usianya sudah 5 keturunan,
hati rasa bergetar pula, sungguh aku takk dapat menulis senaskah al-Quran walaupun belajar sudah 13 tahun.
tokwan pula aku rasa ikon terbaik untuk anak-anak.
hari ini dia disenangi, jadi orang berjaya, aku rasa.
peritnya hidup dulu-dulu, terbalas dengan kesenangan hari ini.


ikhlas belajar.
aku takk pasti sama ada aku ikhlas menuntut ilmu.
apa aku tahu,
belajar untuk generasi aku yang akan datang.
supaya seluruh keturunan aku cinta akan ilmu.
agar hidup mereka senang..

macam mana yaa mahu ikhlas menuntut ?
ikhlas belajar kerana Allah..

No comments: