Tuesday, 8 September 2009

19. senarai kotor.

1. saya jarang buang air besar tapi sering terasa nakk kencing.

2. saya takk tengok najis sendiri sebab waktu kecik dulu, kakak selalu kata siapa tengok taik nanti akan jadi bodoh. dan saya percaya sampai sekarang.

3. saya mandi sekurang-kurangnya 15-20minit tapi memerlukan masa hanya 5minit untuk bersiap.

4. bilik saya selalu semak tapi masih menjadi tumpuan ramai.

5. saya sangat malas bersihkan hamster walaupun sangkar tomtom dan tomy sangat busuk!

6. kadang2 saya tidur dengan air liur basi namun suara bangun tidur saya sangat best malah rambut bangun tidur saya boleh dibanggakan.

7. semua jeans saya dibasuh setelah 2 bulan digunakan atau mungkin lebih.

8. saya sangat susah untuk dikejutkan dari tidur terutamanya waktu pagi.

9. saya jarang iron baju namun terpaksa iron baju kurung sekolah.

10. saya hanya ada sehelai tudung yang dipakai berulang kali iaitu berwarna hitam. yang lain hanya dipinjam dari mama, kakak dan afini.

11. saya tiada pencuci muka dan tidak mencuci muka.

12. saya trauma selama 3hari kerana tertengok video lucah setelah tersilap download Gossip Girl season 2 episod 16.

13. saya sering ditugaskan mencuci tandas rumah dan saya enjoy melakukannya.

14. saya masih menggunakan tuala yang koyak kerana menghargai pemberian rakan.

15. saya mempunyai bantal busuk yang sudah berusia 12tahun dan telah koyak rabak namun sangat menyayanginya kerana buatan tangan arwah tok.

16. comforter saya sudah lebih 2 bulan tidak dibasuh kerana makin takk basuh, makin best..

17. saya meletakkan selimut di kaki ketika berada di meja study.

18. banyak baju saya yang belum berlipat kerana selalunya ditolong oleh mama.

19. saya merasakan sayur itu busuk dan geli untuk dimakan.

20. saya juga pernah mencuba memakan petai setelah abah menyatakan petai bagus untuk kesihatan dan awet muda, namun setelah makan, saya pening dan tertidur. sehingga sekarang tidak akan makan petai lagi. busuk !


masih banyak perkara kotor, jijik dan keji.
sekian, terima kasih.

No comments: