Thursday, 18 November 2010

korban.

lambat betul aku update ya. heh. malas laa nokk.
tak dapat nak menolong diri sendiri dah.
apa-apa pon, masih belum terlambat untuk meraikan Aidiladha.
ibadah korban masih boleh dijalankan pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. (Hari Tasyriq)
buat yang mengerjakan haji, Alhamdulillah.
jemaah haji dah beransur pulang agaknya?
semoga mendapat haji mabrur.


ikuti penjelajahan kisah korban aku di kampung halaman. haha

mangsa.
nama : Awang
nama manja : Abang
umur : lebih kurang 3 tahun

yang sedang memeluk Awang itu Tok aku. hihi.
setiap tahun Tok aku buat drama sebabak sebelum majlis korban.
menangis dia mengenangkan lembu yang diberi makan setiap hari bakal disembelih.
tiada lagi peneman dikala petang hari.
hihi. Tok ni memang lucu laa.
sungguh tau. Tok pandai buat lawak. tengok muka pon dah nak gelak. hihi.
I love you Tok!

setiap tahun aku tak terlepas tengok upacara sembelih lembu ni.
nampak macho sikit. pemberani.
tapi setiap tahun aku memang terlepas dari buat kerja itu ini.
hihi. pemalas. eh. bukan. aku sibuk. sibuk isi perot sendiri, non stop!
oh. tidur di hari raya itu wajib. -.-


suami isteri ?
yang bertanduk ini tunggu masa sahaja lagi.
dah dapat lampu hijau untuk kenduri, jalannn.
sekarang dia tengah bunting ntah berapa bulan.
semoga mendapat bayi lembu yang comel.

oh. terima kasih buat kawan-kawan
yang sempat datang menghabiskan makanan di rumah.
tahun depan datang lagi.



makan daging beringat-ingat.
jangan jadi seperti aku.
cirit-birit.

Saturday, 13 November 2010

Saya Sayang Roommate Saya.

Sejak saya datang UM, saya tinggal di Kolej 12. Saya ada seorang roommate, namanya Nurhanim, atau singkatannya, Anim. Pertama kali dia memperkenalkan diri, saya sungguh tidak gemar dengan namanya. Saya fikir, hidup pasti akan susah begini. oh ya. Saya rasa semua orang tahu kenapa. hihi. Tapi rupanya, soal nama tidak penting.

Sebulan pertama saya di UM, saya asyik menangis kesunyian. Namun begitu, di depan roommate saya, saya hanya menahan air mata. Masih ingat kata-kata roommate saya, "kalau nak nangis, nangis je". hihi. Tapi saya malu. oh. Tidak lah malu sangat rasanya. Kerana ketika emak dan adik kembar saya menelefon dari jauh, air mata tidak dapat dibendung lagi. Maka, basahlah sapu tangan Garfield vintage saya.

Saya dan roommate berkongsi persamaan iaitu, kami gemar tidur dengan kerap ketika peperiksaan semakin hampir. Hal ini bagaikan sumpahan buat bilik kami kerana persekitarannya yang sangat aman, damai dan sesuai untuk memanjakan diri.

Selain itu, saya selalu terdorong untuk membuat perkara baik dan membaca Yassin dengan lebih kerap kerana roommate saya gemar membaca ayat-ayat suci al-Quran terutamanya al-Ma'thurat. Saya berasa sangat kerdil dan jahil. Di samping itu, saya berasa sangat beruntung mempunyai roommate yang mendorong saya ke arah kebaikan dan bukannya menjadikan saya lebih sesat seperti sediakala.

Patang tadi saya ditinggalkan buat julung-julung kalinya kerana roommate saya keluar menonton Megamind. Saya suka melihat dia keluar dan bergembira (kerana selalunya saya yang asyik keluar). Tetapi tidak hari ini, keadaan sungguh sunyi. Bilik-bilik di tingkat enam tidak ramai yang berpenghuni. Saya takut. oh. Saya bukan takutkan hantu, saya takutkan manusia. Saya selalu membayangkan ada penjahat yang bersembunyi di pantri atau bilik stor, menarik saya ke dalam dan melakukan perkara jahat. Ketika berseorangan di tandas, saya selalu membayangkan ada orang sedang mengintai. Malah, saya membayangkan ada tangan besar, berbulu lebat yang mungkin keluar dari lubang jamban atau ketika saya flush, bukan air yang keluar, tetapi merah darah. Apakah ini normal?

Berbalik kepada petang tadi.

Kesunyian yang mencengkam membuatkan saya tidak dapat melelapkan mata. Saya mahu mandi. Malangnya, fikiran-fikiran tersebut masih menghantui saya. Saya memberanikan diri ke tandas dan mengambil wuduk untuk solat asar. Saya langsung tidak merenung cermin dalam masa yang lama kerana saya takut jika ternampak kelibat sesuatu. Saya berjalan dengan laju melepasi pantri dan bilik stor.

Alhamdulillah. Tiada apa yang berlaku. hihi

Jam 7.30 petang, roommate saya pun pulang. Saya memberitahunya saya mahu mandi, tetapi tiada orang di tandas. Dia sudah sedia maklum dengan sifat penakut ini lalu berkata, "jom, jom kita mandi". Saya gelak besar. Sungguh comel rasanya ayat itu.

oh ya. sekurang-kurangnya dia tak tinggalkan saya ambil MUET sorang-sorang di sini. tidak seperti kawan senegeri, sesekolah, seuniversiti malah berjiran pula, kawan yang dahulunya berjanji mahu bergantung antara satu sama lain. malangnya, berita penukaran pusat peperiksaan langsung tidak dikhabarkan. takpa. saya bukan berdendam, cuma ambil hati. takpa. hati cakap I don't give a damn. tapi nampaknya ada jugak sidikit bekas di hati ya. oh. hati sudah pandai berbohong. tak apa lah. ini cerita roommate saya. saya sudah merepek-repek nampaknya. maaf.

Selasa nanti birthday roommate saya. Maka, saya ingin membelikan sesuatu untuknya tanda terima kasih setiap kali menggerakkan saya subuh, bertahan dengan bunyi alarm, menemankan saya ke toilet di tengah malam, membelikan makanan dikala saya malas ke cafe, menyapu dan membuang sampah, membasuh baju di hari Sabtu ketika saya ke kelas, bersabar dengan keadaan bilik yang semak ketika saya sibuk, berseorangan di bilik ketika saya keluar atau membuat tugasan, bertahan dengan muzik kuat dan bermacam-macam lagi perkara hebat yang telah dilakukan. Terima kasih ya roommate.

Merujuk kepada hujah-hujah di atas, oleh sebab itu lah, Saya Sayang Roommate Saya.



walaupun post ini nampak gay, suka hati aku ah. jeles ka? hihi.
eh. ada tak pertandingan essay Saya Sayang Roommate Saya? aku nak masuk ah.

Wednesday, 10 November 2010

hari sekolah.

semalam Eman ada cakap, 'macam tak percaya, 11 tahun hidup duk pi sekolah, sekarang tinggal lagi 2 hari nak sekolah'.

*ayat telah ditukar serba sedikit untuk effect lebih sopan dan menarik.

memandangkan esok hari last persekolahan, maka, aku rasa terpanggil nak blogging pasal zaman sekolah dahulu. cewah. terpanggil siot.










Dermarian memang the best. rindu zaman sekolah. lepak. belajar mudah, hidup aman, joli. damn. rindu nak pakai baju kurung putih, kain biru, tudung serabai nak tangga tingkat 4 blok E. rindu doi. pagi pagi beli nasi lemak, lepak 5 Dinamik, breakfast dengan boyfriend, girlfriends. lepas tu baru masuk kelas sendiri. belajar macam nak mati, kelas Bio skip, kelas Sejarah masa tidur. rehat makan nasik ayam kantin, balik sekolah lepak Juliana, KFC. pi sekolah balik, kelas tambahan. lepak lorong PPSMI, dating, kena terjah, lari. damn. rindu beb.

walaupun hidup kita serabai dulu-dulu, tapi sekarang semua dah menuju kejayaan. kawan-kawan aku nanti semua akan jadi orang besar. aku ja terkapai-kapai lagi. itu lah, siapa suruh letak cita-cita suri rumah nombor 1. memang suri sungguh lah. -.-

oh. by the way, congratulation SMK Derma! which had been awarded as 2nd best in Malaysia for co-curriculum activities. I was a Dermarian, and always be a Dermarian and I'm proud of it! cewah.

tak menahan kan post kali ni. haha.

Tuesday, 9 November 2010

bencana.

okay. ini cubaan kali ke ke tiga untuk update blog setelah 2 hari tumpas di tangan kemalasan. sebenarnya nak update pasal banjir. memandangkan banjir sudah reda, maka, nak update jugak pasal banjir! huh. boleh pulak macam tu kan.

apa benda lah aku merepek.

okay, serius.

apa benda ntah nak tulis.

oh. okay. dah ingat.

waktu on the way balik Perlis hari tu, jalan di Alor Star dah naik air, dah macam laut dah. terpegun sekejap tengok banjir depan mata. first time experience lah katakan. siap ambik gambar mms Shahir lagi tu. haha. maka, cemburu lah dia tak dapat balik dan melihat banjir. kasihan.

tapi tak apa. kalau awak balik, melihat Perlis seperti dilanda bancana alam yang amat dahsyat sekali, (ya. memang sangat dahsyat banjir kali ini.) sedih. Perlis sudah tidak permai lagi mempersona. yang tinggal hanya sisa-sisa sampah di tepi-tepi jalan, bau busuk dan jalan raya yang diselaputi bekas-bekas tanah.

semoga keadaan kembali seperti dulu. aminn.

sesudah banjir, gerakan membersih dijalankan. alahai. lemah sungguh bab-bab ini. mungkin aku ditakdirkan tak pernah mengalami banjir kerana malas mengemas dan tak tahan ujian mungkin. belagak.

keadaan dalam rumah bertambah baik. nasib baik perabot kebanyakannya kayu-kayan dan jati, tak perlu susah payah menyelamatkan perabot-perabot besar. yang ada cuma sofa besar depan tv, itu rumit. hehe. tak ada rumit mana, bukan aku yang buat pon. haih. kasihan mereka-mereka di rumah. sudah lah banyak barang yang perlu diangkat, dijauh dari air, hidup tak selesa, terpaksa mengemas pula. haih. itu lah. banyak sangat barang tak berguna di rumah. buku-buku, kertas itu kertas ini, baju-baju, mainan budak kembar lagi. hah. memang banyak. lapan manusia satu rumah, padan lah.

dengar cerita banjir gelombang ke dua bakal tiba. harap-harap dijauhkan.. aminn.

okay. sejak balik rumah hari tu, kegilaan 'reblog' di tumblr menjadi-jadi. sehari boleh capai 20 gambar yang berjaya di reblog. tahniah untuk diri sendiri.

kadang-kadang mama meluat sampai switch off wireless. sampai hati hah. tapi 2 minit lepas tu aku switch on balik, then mama tutup balik lapas tu aku buka balik dan berulang-ulang lah benda yang sama sambil diiringi muzik latar bebelan percuma. padan muka.

hurm. sampai sini sahaja kott.

tahniah dan syabas untuk diri sendiri. berjaya juga update blog yang penuh pancaroba ini. yeah. bye bye! jumpa lagi !


Monday, 8 November 2010

pendek.

fuhh. dah lama tak update blog huh. haha. lama lah sangat kan.. biasa lah, kalau duduk di rumah, tak sempat nak boring boring lepas tu ter update blog panjang panjang dengan kadar yang kerap. tak sempat okay. tak sempat nak boring pon.

cuti yang hanya kurang dari dua minggu ni harus diguna sebaik mungkin. harus. wajib. fardhu.

okay, tak boleh update panjang panjang. Mierah call ajak meronggeng dan aku belum mandi pon. hahaha.

bye! have a nice day everyone :)

Wednesday, 3 November 2010

after final.

nah. ini aku suka. aktiviti selepas final. cis. takda lah selepas final sangat, sebabnya paper English belum selesai. tapi faham-faham lah kan, English. hehehe. semua orang buat-buat macam sudah merdeka setelah dijajah 20 tahun. padahal 2 minggu ja pon. tapi bagi pelajar Alam Bina, 4 hari ja kan. taaapi, 3 minggu sebelum tu dah boleh dikira pre-final dah pon kelam-kabut menyiapkan segala projek bagai.

makanya, kami berhak enjoy sehabis gila!

perghh. bab enjoy berfoya-foya, joli-moli ni memang digemari ramai lah kan.

sehabis saja paper FSAB0121, Basic Physics and Chemistry 1, aku masih terkapai-kapai menyiapkan portfolio Architecture Drafting. malas memang malas, tapi mengenangkan ini lah satu-satu nya harapan yang tinggal untuk masuk Design, pulun sehabisnya buat redos siang malam dan pagi. taaapi, mengenangkan tutor yang bapak kedekut markah dan teliti tahap dewa, samangat pon kian luntur..

maka, portfolio aku sekadar siap sahaja..

sesudah dihantar pada Sabtu tepat jam 2 petang, aku, AC, Fendi, Amal dan adiknya bergerak ke Balai Seni Lukis Negara, berhampiran Istana Budaya dan Taman Tasik Titiwangsa. belum masuk lagi dah terpegun dah. masuk dalam Balai Seni tu, dah macam nak menangis dah. pergi lah sendiri, tau lah macam mana aku rasa.

mati hidup semula pon belum tentu aku dapat buat artwork macam tu.

diam tanpa banyak bicara. tidur dalam kereta. sampai sudah di Midvalley. maka berjumpa lah dengan Shahir si hidung besar jerawat banyak nak mampoih tu. makan makan makan di Nando's berjalan-jalan menghabiskan duit dan tenaga, pulang.

perghh. penat gila huh cerita macam ni. surrender.

Ahad, 31 Oktober 2010.
Sunway Lagoon!

Shahir, walaupun aku jarang cakap, tapi kan. aku sayang gila tau dak kat hang... coy. blah hang Oni. macam selalu jaa I galak galak dengan you cakap I love you kan, hahaha. okay, happy 21 months anniversary. I love you. :)





Shahir berkenan benda ni.
aku tak tau apa masalah dia.. exotic gila.

the examination.



ini lah kedudukan aku dalam Dewan Peperiksaan yang maha besar tu.
dalam banyak banyak tempat,
paling hujung, paling tepi, paling terpinggir,
itu lah aku.
tak tau lah pulak coordinate berapa.
tapi kalau ada pengumuman ka apa memang malas nak dengar lah.
tau lah aku ni student tukat course last minute,
tapi agak-agak ah weh,
kanan, depan, belakang takda orang.
nasib baik sebelah kiri ada jugak kelibat manusia.
kalau tak dapat 4 rata ni memang salah tempat duduk tak ong. haha


esok exam English, harap-harap listening aku tak tidur. sebab exam ES, Physics aku dah mamai mamai dah. walaupun exam aku jawab macam baru sekolah 2 hari, aku tetap harap 3.5 atau at least 3.4 lah kan. aim tinggi-tinggi pandai. belajar malas. menikah nak jaa. tak guna kau Oni.