Monday, 8 February 2010

Ili's bithday !

kehadapan sahabat hidup matiku Ili,
saya nak ucap selamat hari lahir pada awak,
saya harap awak panjang umur dan semakin murah rezeki,
saya sentiasa doakan agar awak bahagia, dunia dan akhirat.
InsyaAllah, aminnn.
kekasihku Ili,
kita dah kawan lama kan, dari sekolah rendah lagi,
pastu sekolah menengah pulak,
kecil kecil kita membesar bersama, menjadi remaja bersama.
kalau lepas ni, kita satu universiti pulak,
Alhamdulillah, ada tempat bergantung.
awak kan kakak.
saya memang sayang awak ketat ketat sampai sendat tak muat kena ikat.
sekian saja dulu yaa awak,
saya dah hilang ayat.
tengok gambar yaa.
gambar awak kena lebih, birthday girl laa kann. :)










p/s : ayat tunggang langgang, lama tak buat surat karangan tidak rasmi.

Saturday, 6 February 2010

masa depan.

okay, aku tau, apa jadah aku update blog sehari dua kali.
takpa laa, sementara senang sebelum susah,
lapang sebelum sempit. kann.

hari ni aku nak luah perasaan pasal masa depan aku yang makin gelap nehh.

ramai kawan kawan aku dah masuh kolej. buat A-level, foundation. ada yang guna duit parents, ada yang dapat scholarship. ada yang dah sampai singapore ponn. ada jugak yang sibuk isi borang Taylor's laa apa laa. aku masih sini jugak. yalaa, nak masuk IPTS memang tak mampu laa wehh. macam aku selalu kata, 'duit takda, harta takda, cable takda, rupa pon takda, harap pelajaran jalaa'
gila ayat macam loser. -.-

yang menjadi kebingungan dan kerisauan aku, pelajaran pon aku rasa tak tera mana, tak segah pon. tengok gaya aku jawab SPM hari tu, relax banyak jaa buat mistakes. not my very best performance. urghh. bengong nak mampos. menyesal pon tak guna. tawakal dan terima jaa ketentuan nanti. takpa, aku mampu hadapinya. InsyaAllah.

pasal biasiswa pulak, aku tak tau nak cari. ramai cakap kena pandai pandai cari kat internet, papers. gila wehh, mana aku ada pengalaman. kakak aku pon takda nak bagi bantuan. terkontang kanting laah aku. bingung.

aku teringin nak study, aku jemu dah takda nak buat apa. bosan dohh. otak pon dah tepu. assignment mak aku, assignment kawan mak aku pon dah siap. aku takda kerja dahh. tolong laah. beku dah otak neh. bagi soalan function pon ntah ntah tak bleh jawab dahh.

aku ada terfikir, kalau result aku biasa biasa saja, aku nak sambung uitm jaa, buat diploma ukur bahan. lepas tu baru aku sambung degree. kalau rajin, ada rezeki, aku buat master pulak. gila banyak kerja. tapi apa boleh buat, itu jaa aku mampu. tapi bila bagitau mak aku, dia marah pulak aku cakap nak pi uitm jaa. haha. nak sponsor oni masuk UTP kaa ?

hurm, kalau result aku agak agak okay, cukup makan, boleh laa mintak mara, JPA aku tak mampu. pasal cita cita nak ke UTP, aku rasa patut aku pendam saja. tak dapat biasiswa, mana mampu beb. kehsian mak ayah aku. depa pon nak hidup senang jugak. (kalau abah baca ni best, boleh dia sponsor, haha)

apa apa pon, start hari ni, aku rasa aku nak fikir masa depan lebih sikit. aku pon dah nak masuk lapan belas. elok laa berfikir macam orang waras sikit. at least cita cita kena ada dah selain dari cita cita nak jadi suri rumah sepenuh masa tu.

kalau ada apa apa perkembangan mengenai cita cita dan matlamat aku, InsyaAllah aku update sini. tapi janji laah, jangan gelak atau pemain aku pulakk. aku insan hina yang serba kekurangan saja. aku baru nak nampak dunia. -.-"

mati.

erk, aku saja guna title 'mati' instead of 'meninggal' nampak dramatik sikit.
tadi aku blog walking sikit.
jalan jalan baca blog orang.
aku memang suka buat kerja ni.
boleh habiskan masa yang berlambak ni.
selalunya memang masa aku berjam jam jugak laa habis.
tak kesah laa,
janji sembahyang jangan tinggal walaupun leka sikit,
zohor kadang kadang 4 setengah. -.-"

berbalik cerita tadi, sedang asyik leka berjalan dalam alam maya, aku terbaca satu kisah sedih, kisah meninggal dunia. hati aku mudah tersentuh sikit bila dengar berita atau baca kisah kisah macam ni. sensitif. mudah saja aku labur air mata, paling kurang hidung aku berair. okay, luar jaa aku ganas, dalam aku lembut, halus lagi. Alhamdulillah.

semua sedia maklum, (sebab aku asyik ulang ulang cerita jaa) tok tersayangan sudah tiada lagi. lebih kurang 3 tahun dahh. tapi rasa macam baru semalam. aku rasa, saat tu waktu paling sedih dalam hidup aku, macam dunia dah nak berakhir. aku bukan nak hiperbola, tapi sejujur apa yang aku rasa.
mungkin sebab tu bila aku dengar kisah meninggal dunia, aku sebak, tak kira laah walaupun yang meninggal tu aku tak kenal pon. aku semacam dapat rasa kesedihan keluarga dan orang orang yang rapat dengan arwah. sesungguhnya memang susah nak terima kenyataan orang yang tersayang sudah pergi mengadap Ilahi.
tapi, kita yang masih hidup ni tetap kena meneruskan kehidupan, melangsaikan segala hutang dan tugas yang belum terlaksana sebagai seorang hamba yang serba kekurangan.

kadang kadang aku pernah jugak bayang, berangan macam mana pulak kalau aku mati nanti, mesti ada jugak yang sedih, meratapi kematian insan hina ni. (abah kata, tak elok meratap) tapi tak pernah pulak aku bayang macam mana hidup aku di alam barzakh. apa lagi nak bayang saat saat jawab soalan bocor rakib dan atid. gerun.

ntah laa, aku hilang ayat pulak.
tak habis lagi sedih 3 tahun dulu.
aku tak sanggup lagi menempuh dugaan yang sama.


aku harap aku sempat bertaubat,
aku harap aku sempat beramal,
aku harap aku sempat pohon ampun,
aku harap aku sempat diampunkan,
aku harap aku sempat dikasihi,
aku harap aku sempat disayangi,
aku harap aku sempat senang, dunia akhirat.



aku harap aku sempat tengok hari esok.

Friday, 5 February 2010

Tips Rambut Cantik Semulajadi.

ecewahh, title macam bagus. haha.
okay, aku baru lepas mandi dan memanjakan diri. ahh, suka.
part yang paling penting, cuci rambut. serius, aku malas nak cuci sebenarnya, tapi terpaksa. yalaa, takkan nak biar rambut busuk, berminyak kot, tak selesa pulak kann. lagipun bila rambut wangi, sihat, kita akan rasa lebih yakin, selesa dan happy, kann.

rambut aku tak laa cantik, tersimpan elok saja di sebalik hijab, sapa tau. messy, buruk, serabut, busuk. tapi my sister cakap, aku lagi cantik tak pakai tudung. aww, haha. nonsense. terima kasih laa kak. :)

berbalik cerita tadi, aku bukan laah mahu bagi tips, tapi lebih kepada benda yang aku amalkan dalam seharian. erk, kadang kadang tak amalkan pon walaupun tau apa yang terbaik untuk kesihatan rambut ni. well, biasa laa tu, malas.
tapi, benda baik kalau dikongsi akan bertambah kebaikannya kan. like people said, sharing is caring. lets see !

1. ramai orang kata, cuci rambut setiap hari dengan shampoo akan buat rambut rapuh dan luruh. tapi sebenarnya, lain orang, lain jenis kulit kepalanya. sesetengah orang, kulit kepala cepat berminyak, disarankan untuk cuci rambut setiap hari. tapi, seeloknya, cuci rambut selang sehari, supaya kulit kepala akan sempat untuk kembali neutral dari segala chemical yang ada dalam shampoo. (selalu shampoo setiap hari sebab nak wangi, haha)

2. gunalah conditioner selepas cuci rambut dengan shampoo. paling mudah, cari shampoo yang sudah tersedia sekali dengan conditioner. mudah dan cepat. hah. jangan pandang sebelah mata saja pada shampoo hotel. selalunya, shampoo hotel sudah tersedia dengan conditioner, mungkin dia tak sewangi sunsilk, tapi ketahui laah anda, shampoo yang wangi, mengandungi lebih banyak chemical, yang mana, sangat tak bagus untuk kulit kepala. (rejoice sangat best, kadang kadang aku guna shampoo The Summit Hotel, best.)

3. selepas basuh rambut, jangan terus sikat. balut rambut dengan towel. best. rasa segar jaa. balut laah selama yang boleh kalau free. agak agak dah kering, baru sikat. dan lihat hasilnya, rambut tak akan freez dan lebih lurus nan lembut. sebolehnya, jangan guna pengering rambut, kerana rambut akan kusam. iron rambut pon tak bagus, tapi kadang kadang tu boleh laa kott. (aku memang malas sikat rambut )

4. jangan selalu biar rambut terdedah pada cahaya matahari. padahnya, rambut akan rapuh dan mengalami keguguran ! seeloknya lindungi rambut anda dengan scarf ataupon topi. boleh juga mencuba hair mist ataupun hair serum untuk lindungi rambut dari cahaya matahari yang membahang. bagi yang bertudung, memang untung. sebab itu selalunya, orang yang bertudung, rambutnya tak bermasalah. :)

5. biarkan rambut bebas terurai sewaktu tidur. elakkan mengikat rambut sewaktu anda tidur kerana rambut akan rapuh.

6. seeloknya, cuci rambut pada waktu malam. tahu kenapa ? bila anda bangun pagi keesokkannya, nescaya rambut akan cantik bak model iklan dan hari anda akan lebih indah. cuci rambut pada awal pagi pon tak ada masalah. :)

7. bagi rambut yang berkelumumur macam saya, haha. boleh cuba tips mama. lumur limau parut pada kulit kepala. rasa segar dan kelumumur berkurang ! lebih mudah, gunalah shampoo rejoice anti dandruff berwarna pink. haha

8. elakkan memakai anak tudung terlalu ketat. sebolehnya, beri ruang untuk pengudaraan. penting okay. kalau tidak, rambut akan berbau, malah si pemakai akan mudah sakit kepala. (sebab tu laah aku pakai hair band saja)

9. selalu laah trim rambut 6 bulan sekali untuk elakkan rambut bercabang. (aku dah tak potong rambut setahun lehih, tak sempat, busy)

10. apa lagi yaa ? hah, jangan terlalu obses dengan produk penjagaan rambut. bisnes saja itu semua.


okay, itu saja rasanya. tips tips yang basic semua mesti dah tau kan. mahu atau tidak saja untuk dilaksana. ketahui laah, rambut sihat, kepala pon terasa ringan walaupun rambut anda panjang bak manyang mengurai. kebersihan itu separuh dari iman

till then, thanks.

takk, aku bukan mamai.

currently, mata aku buta, kaca mata aku patah, lucut screw. aku berasa sangat sedih dan kecewa kerana aku amat sayang padanya. Tsk.

okay, move. bukan nak cerita pasal tu pon. bukan mau mintak simpati pon atas kekecewaan dan kepecahan hati ni. Tsk lagi.

bercerita mengenai hari ini,

semalam aku tidur di bilik kembar, saja, supaya aku mudah terjaga. ada janji dengan Pakcik Mail jam 7.40, tiba tiba dia datang 7.30, nahh, kelam kabut.

semalam seperti malam malam yang lain, aku mengalami insomniac yang kritikal, payah benar untuk aku lelap. jam menunjukkan 2.15 pagi, namun aku masih segar. tiba tiba aku dengar budak kembar menangis, aku dengar pula budak kembar lagi sorang bergelak.
aku senyum, lucu. aku lihat kiri, kanan, atas, kemudian bawah, kelam. gelap. aku lena entah pukul berapa.

tiba tiba aku jaga, terdengar suara mama, 'adik, kakak, bangun meh, mandi, kita pi sekolah, jum' aku dengar bunyi merengek, aku lihat jam, 6.20, awal. aku mahu tidur lagi.
telinga aku terdengar lagi, 'hari ni adik nak pi smart reader ka kelas kafa, pi kelas kafa naa, hari jumaat kita pi smart reader pulak naa' aku dengar budak kembar merengek lagi, 'takpa laa, nanti jadi pandai, haa.'
telinga aku terpasang lagi, 'nanti adik nak pi sekolah asrama macam kakcik dak?' aku dengar budak kembar menjawab, 'nak'. sambil mengangguk, pendek.
'aik. nak tingal mama dengan abah sorang soorang' (ayat pasrah mama)
lepas tu aku lupa. terlelap mungkin.




sah, mak aku teringat anak kesayangan.

Thursday, 4 February 2010

Third February

okay, fine, aku tau hari ni dah 4 hari bulan kan, tapi apa kesah, nak cerita tiga februari jugak. banyak aktiviti, banyak benda terjadi, dan aku suka.

3 februari aku bangun awal, bersedia untuk memulakan latihan kereta yang pertama. haha. hari first dah keluar jalan besar, agak cuak, tapi ada pakcik instructor kat sebelah, buat apa nak takot, tak mati punya. Pakcik Mail penat suruh aku slow sikit, sebab asyik nak masuk 60 km/h. gila apa, dia kata paling tinggi 40 km/h jaa dik. bab masuk gear pon aku lemah jugak, mati enjin sekali kat traffic light. haha. okay laa tu, first time latihan kann.

habis latihan tu, pergi KFC, celebrate anniversary laa konon. haha. tu jaa kami mampu. kesah, janji kenyang. then, jalan jalan saja, pergi The Store jumpa cikgu Azaliah dengan cikgu Norizah. haha. kantoi pulakk. takpa, cikgu cikgu tu dah ajar kami dari form 3 lagi. teringat zaman dulu, cikgu Norizah selalu bagi coklat, apollo. best laah form 3 !
okay, lepas tu datang laah Arep, Mierah, Atey dan juga Faris membuat kacau di pekan Kangar. Faris tengah semangat nak sambut Chinese New Year, dah prepare gaya tarian singa terbaru. menyampah aku. haha. Mierah pulak dapat hadiah cincin pertunangan, eceh silap, cincin lamaran pertama. :D

then, bermula laah misi berfutsal. okay, serious best ! dapat jumpa girlfriends, gila lama tak jumpa kan.
walaupun aku tengah period pain yang tak mampu ditahan oleh calang calang, tetap ada gol jugak. well, penyerang utama, haha. namun begitu, kami tewas dengan bergaya. bising satu court bila segerombolan mudi mudi main sepak sepak tendang bola. sungguh tak feminin.
nak gambar ? jum tengok !





tengok, busy kan ? sampai malas nak update blog hari tu, online pon kurang. takpa, best jugak menyibukkan diri, lama dah tak rasa penat macam ni. nanti kita berfutsal lagi yaa kawan kawan. till then, see you ! thanks for reading :)

Monday, 1 February 2010

February muncul kembali.

okay, sila baca title di atas dengan nada lagu Alleycat.
jeng. jeng. jeng.
cepatnya masa berlalu kan, dah February !
aku suka jugak February ni.
nama pon boleh tahan sedap.

zaman sekolah dulu, bulan February selalunya hari sukan, kira gempak laa. macam macam aktiviti, belajar pon tak sangat. bulan ni laa kita bersosial sesama kita. selalunya February akan ada kem orientasi Kadet, time birthday aku pulak tu, so akan dapat birthday wishes yang best. :)

3 Ferbruary 2009, tarikh couple dengan Shahir. haha. baru nak sampai setahun. lambat lagi nak boleh kawin ponn.
11 February, aku dah masuk lapan belas tahun hidup di dunia. tak best ponn. bila dah 18, buat salah undang undang boleh masuk penjara dahh. sikit pon tak best..

aku rasa dah naik umur baru ni, aku nak berubah ke arah lebih baik sikit. aku nak jadi wanita solehah sikit. haha. dan nak matang sikit. sikit jaa tak banyak. nanti tua sebelum usia pulak. apa barang, sikit pon tak best. tak remaja laa. :D

bila umur dah 18, kena fikir masa depan lebih sikit. aku rasa nak menabung. ntah laa, selalu tak jadi bila nak menyimpan duit. aku sangat boros. ini laah sifat syaitan yang ada dalam diri aku sejak dulu.

waktu sekolah dulu, target aku bila dah habis sekolah, umur 18, aku nak cuci muka dengan berdisiplin. sekurang kurangnya tau pakai toner ka foundation ka apa apa. paling kurang sunblock. macam merapu jaa target aku ni. tapi tu laa, aku ingat nak berubah jadi feminin sikit. eii. tak jadi laah. geli geleman pulak aku.

apa apa pun, aku harap February kali ni cukup sempurna buat semua. February 2010 hanya datang sekali. manfaatkan sepenuhnya !