Wednesday 30 March 2011

terakhir.

semalam hari last kelas Art. titik. maka itu lah intro saya kali ini. -,-

*selalu ada masalah fikir intro. macam harem pants.

terima kasih Miss Anum. terima kasih Azam, Razman, Alak. bila dah 3 minggu terakhir, baru tau yang Alak tu baik, tak lah gangster sangat.. awhhh!! anyway, terima kasih tutors sekalian. anda bukan setakat handsome, tapi genius. dan juga sempoi ! semoga dapat tutor lagi handsome, genius dan sempoi untuk degree nanti. baru semangat nak belajar. heh

okay. ada satu lagi project yang tinggal. project yang harus, mesti, wajib submit 2 April 2011. dan 5 April pulak bermula lah final exam. lepas tu, caucincau!! selamat tinggal PASUM, selamat tinggal KK12, jumpa lagi kalau ada rezeki.. hihi

sepatutnya sekarang aku tengah bertungkus-lumus siapkan project final Basic Design ni. ataupun cari idea, ataupun buat kerja lah! tapi kondisi kesihatan tak mengizinkan. hadoih. waktu genting macam ni jugak nak demam, sakit tekak semua kan.. mungkin sebab semalam aku tidur melebihi 12 jam, maka hari ni badan pon rasa lain macam. heh.

masih sempat update blog. so kira masih terkawal condition aku. tunggu Jumaat baru kalut gamaknya. haih. last minute punya kerja.. macam mana nak cemerlang gemilang terbilang?! ok fine. pasrah ja lah sekarang ni.. asal siap sudah. tak payah nak excellent sangat la kan. jangan berangan tinggi-tinggi, jatuh sakit, ubat tak ada.

apa-apa pon..

aku tak sabar nak tamatkan semua ini !!

owyeahh!!

tak sabar nak jumpa Sabtu.. tak sabar nak jumpa awak, best friend boyfriend. terima kasih semuanya. kthxbai.


Project Runaway.

war refugee lah konon.

portable Life Bag.
marks : average.
comments : so so...

gonna miss ABians so bad.
I treasure every moment spent with you guys.
and thank you for everything.. :)

Tuesday 22 March 2011

sayu.

aku tak sabar sangat-sangat-sangat-sangat nak habis asasi.

Monday 21 March 2011

bukannya sekarang aku patut sibuk?

seminggu dua ni banyak sangat benda jadi. semua macam penting. semua macam perlu diingat. semua macam perlu disimpan. semua macam perlu disemat.

Sabtu hari tu aku, Amal, Fendi, AC pergi tengok teater Short Eyes. Zahiril Adzim berlakon! hehe. best memang best, tapi malas nak bercerita panjang. tunggu ada gambar dari Fendi nanti. hehe

Ahad pulak paling best! study trip to Rimbun Dahan yang pada aku sangat sangat amat cool. tak kisah lah kelas di hari Ahad, bangun pagi buta, lepas peluang jumpa tersayang, semuanya berbaloi. tenang sangat tempat tu. dan semua dah mula angan-angan nak berumah macam Rimbun Dahan, tak terkecuali aku.. haha

kelas di hari Ahad yang awesome, diikuti dengan malam yang bergelumang dengan komik dan bergayut sampai pagi. akibatnya, ponteng kelas di pagi Isnin. ya, memang sengaja. harap-harap ni lah last. dah nak habis asasi pon Oni.. bawak bawak lah berubah..

oh. itu belum kira cerita Prof Jaafar dan orang-orang perasan hebat. memang kasi panas muka, berasap otak. aku memang tak suka orang cakap lebat sampai tak bagi peluang mencelah langsung, macam dia seorang yang betul. jenis nak menang. dan aku memang pantang sangat orang tinggikan suara, buat muka, cakap tak tengok mata. cari pasal. mungkin sebab aku ni dah lama ditindas, maka sekarang aku rebel.

dan seminggu dua ni jugak mata aku celik. jelik dengan judgementasi sekeliling. mual dengan babak lakonan tak menjadi. dan aku pilih sendiri. biar sakit di hati, jangan mati di akal.

terima kasih twitter. setia menjadi tempat aku buang segala caci maki. ya, sehari memang berpuluh tweet. orang tengok pon benci. ayat tak berapa nak sopan, cerita tak berapa nak basi. ya, memang. memang aku tak berapa nak gemar orang baca tweet aku macam baca komik bersiri. aku pon tak berapa gemar orang tau hidup aku yang bukan fairy tales ni. tapi itu lah. kau cakap nak privasi, tapi letak dalam satu ruang yang mana privasi itu sendiri takkan pernah menjadi. pandaii.


Rimbun Dahan.
captured by me, using Fendi's. :)

Wednesday 16 March 2011

work hard.

there is no short cut but work hard.

ya. that was all today about. 15 March 2011.
everyone is doing good for Abangku project. the lecturer and tutors were a bit impressed of our final artworks, i think. haha.

today is like a blessing though. I've been mentioned in class for the construction manual, Miss Anum and Alak remember my stool design, En. Megat said that my workmanship is good and everything went well during the presentation. Alhamdulillah.

hahaha. allow me to be poyo sometimes! give chance lah!

next, Final Art Project - Project Runaway.
the final project and the last project that will determine my future.. then, I'll be free for 5 months! wohoo. but deep inside, I'm sad. I don't want all this to be ended. hunted DKB, boring lectures, projects, friends, class on Saturday.. I'll miss all those memories. :')

still, I'll be happy! finally I'LL BE FREE from all this burden! haha

well. this is the time.
time to change and show what I've got.

like mama said, "work-more-harder."
work more and work harder.
InsyaAllah ma, I'll do it for you!



satisfaction.

Sunday 13 March 2011

prum prang prum prang

hari ni keluar dengan Shahir, first time bangun pagi fikir nak pakai baju apa. lol. eksited lah konon 3 minggu tak jumpa, haha. terasa bodoh ada jugak, tak apa lah. takda sayang orang kata. kahkah. semoga berjumpa lagi, bulan depan.. (?)

okay. minggu lepas satu pencapaian hebat buat aku, aku tak ponteng kelas, langsung!!! kelas English yang dah nak kena band tu pon aku pergi tau. kelas Construction yang sepatah haram aku tak faham tu pon aku pi !! nomnomnomnom. tahniah untuk diri sendiri.. thanks Amal. dia bagi aku pengajaran supaya rajin lah sikit pergi kelas. dia kereta rosak tepi jalan, kereta pancit apa semua, gigih jugak datang kelas. aku? bangun subuh, tidur balik sampai tengah hari, bangun mandi pon sebab malu kalau roommate balik tengok aku tak pi kelas. apa punya attitude aku pon tak tau.

lagi sebulan nak habis asasi. seronok, sedih, sama banyak. sebulan ni, kalau boleh aku nak all out. read my lips people, ALL OUT!!

mulai hari ni, aku nak..
1. siapkan projek awal
2. belajar
3. bergembira dengan semua..

harap-harap semua ni bukan cakap-cakap kosong macam selalu..
aku pon teringin jugak nak dikenali lecturer.. (bukan cara kotor)
teringin jugak nak berubah..
teringin jugak nak jadi genius..

apa apa pon, siapkan Abangku dulu!
kthnxbai!


Mai, Amal, Fendi, AC, Oney.


roommate tersayangssss

Wednesday 9 March 2011

hardest time.

project, project, project..

I don't know what it may lead.. I don't know how the ending.. everything is blur. everything is unsure. unpredictable.

somehow, my last Art project's marks give me hope. she didn't even know my name though, sad. but it's okay. at least what I've got are all based on my effort and idea. so lets hope for a better inspiration for my cardboard stool and also the construction manual, which I have to draw step by step! huargh. I always feel insecure, worried, lost.. when I've to draw. maybe because I've been telling myself "I can't draw, I can't draw, Oni you can't draw.." for too long, too often. well, it's too late to change but never too late to try. lets keep the positive spirit and throw away the evil thought. InsyaAllah.. I've no reason of writing this shit. I really need a momentum to start studying, start doing my projects.. ya. final's just 24 days from now, I'm worried. I can't do anything but change. pray for me dear family, friends.. and I hope you're doing well. where ever you are, I always care for you and I miss you. I miss every single thing about us.. take care.


All night, a man called “Allah”

Until his lips were bleeding.
Then the Devil said, “Hey! Mr Gullible!
How comes you’ve been calling all night

And never once heard Allah say, “Here, I am”?
You call out so earnestly and, in reply, what?
I’ll tell you what. Nothing!”

The man suddenly felt empty and abandoned.
Depressed, he threw himself on the ground
And fell into a deep sleep.
In a dream, he met Abraham, who asked,
“Why are you regretting praising Allah?”

The man said, “I called and called
But Allah never replied, “Here I am.”
Abraham explained, “Allah has said,
“Your calling my name is My reply.
Your longing for Me is My message to you.
All your attempts to reach Me
Are in reality My attempts to reach you.
Your fear and love are a noose to catch Me.
In the silence surrounding every call of “Allah”

Waits a thousand replies of “Here I am.”



and the hardest part was letting go,

not taking part..

Monday 7 March 2011

no one knows how it feels..

dah banyak hari mimpi rumah. mimpi mereka-mereka dalam rumah.. dah banyak hari bangun lewat.. kalau boleh tak nak bangun.. biar hidup dalam mimpi.. dalam rumah mimpi aku sendiri..

dah lama dah tak jumpa kakak. dah lama dah tak jumpa Shahir.. semua orang busy.. aku pon busy.. Isnin sampai Ahad, Ahad sampai Isnin.. ulang-ulang sampai pecah otak. consequence nya, macam ni lah. takpa. aku pon tak ingin sangat nak jumpa hampa. busy sangat lah konon. serius. aku tak kisah pon..

tapi aku nak balik rumah..

rumah aku tak ada apa.
rumah aku kecik.
tak besar.
tapi sendat.
mampat.
penuh.
bising.
riuh.

Oni rindu mama..
rindu abah,
rindu baby,
rindu Eman,
rindu semua..

tolong lah. aku nak balik..
balik rumah sendiri, bukan rumah mimpi lagi..

Tuesday 1 March 2011

bye bye February, welcome March.


happy birthday Nurain Khairina and Nurain Wardina Zulkhairi!
dengar suara budak 2 orang ni dalam telefon serius menangis. bukan sebak lagi dah.. dah mencurah-curah ke ladang gandum semua air mata dan hidung. terima kasih lah budak berdua buat Kak Oni teriak 1 March hari tu. rindu. rindu gila! dah besar dah ya, dah 9 tahun. sat sangat rasanya. macam baru semalam abah telefon cakap kami dapat 2 orang adik perempuan baru. waktu tu semua orang frust sebab mengharapkan kembar lelaki. tapi bila dah dapat 2 orang ni, rasa lengkap family. tak pernah rasa tak gembira ada 2 orang ni.. thanks baby..
I love you so much and miss you both.. :(


happy birthday kakak 3 hari dan adik sehari !
apa lah perkembangan Ili di KMP dan Nan di Sarawak sana..
sorry lah kawan-kawan kalau aku terlalu busy dengan hidup sendiri..
hidup aku pun kucar-kacir, sampai tak sempat nak bertanya hal hampa.
sorry friends! but I do care about you guys.
can't wait to finish my foundation and catch up with whatever I miss! :(


Amalina Azizan, 19 February 2011.
hmph. baru nak emo. tengok muka ni dah nak gelak.
tak payah cakap banyak, dah gelak. haha
she's hilarious!! and awesome!
she's a cool kid, like me. ehem. but I'm not a fan of Search, of course.
but she's awesome, trust me!!
happy birthday Amal! birthday happy, happy happy, hari hari okay.
and thanks Amal sebab tak berhenti bercakap, haha.
thanks thanks thanks thanks for everything.


and April, hold on.