Saturday 26 February 2011

tarik nafas lega kerna aku tak apa apa.

syukur. syukur. syukur! minggu ini sudah tamat! minggu yang paling seksa, minggu yang paling sesak, minggu yang paling celaka, minggu yang paling kelam kabut. tapi minggu yang paling berguna tanpa sebarang pertumpahan darah. ohyeahh.

banyak pengajaran untuk minggu ini iaitu, time, time, time, time, TIME. macam biasa, semua kerja last minute. aku dan masa ibarat terkena sumpahan. sungguh amat sangat tak ngam. kenapakah?

okay. last Tuesday was our first formal Art crit session and exhibition! kalau lah aku tahu ada exhibition bagai, mungkin akan buat lebih serius! haha. ciss. sembang. okay. malu siot tunjuk product nonsense untuk Make Sense Project dekat seniors semua. hadoi. next project kena lebih serius.. thanks Kak Huda and friends for your comments, inspiration and support!

idea ntah apa-apa. T.T
no grade, but the lowest mark I guess.

presentation ntah apa-apa.
screw me for the last minute product!!


okay, hari ni pulak hantar Basic Design project. haih. menyesal. project 3 minggu tapi buat dalam masa 2 hari ja. dan lepas dapat final project tadi, dah berazam awal-awal tak nak buat kerja last minute lagi dah. ciss. sembang lagi. tak. ni betul betul azam. betul betul, bukan cobaan.

ya, lepas ni kena lebih serius!

pyramids, in a pyramid,
reflected by a pyramid. =.="

Prof : "snow effect" T.T

Project 4, Form and Colour Study, A-/A.
ohyeahh!

Saturday 19 February 2011

kemurungan, k.

k=dts
depressed, d.
tension, t.
stress, s.

tak ka semuanya sama? entah lah. otak dah tak boleh berfungsi sekarang.. otak semak, dada sesak. hidup kucar-kacir!

ada 2 project bertindih sekarang. Art and Basic Design. dua-dua stock nak bagi orang mampus cepat. tak boleh bagi lagi susah ka? aku baru 19 tahun kott, kenapa perlu melalui saat getir sebegini?! tsk. sampaikan semalam 3 pagi tengah potong board boleh pulak buat drama sebabak menitis-nitis air mata, meleleh-leleh air hidung semua. sungguh tidak handsome. tapi apa nak buat, aku memang over. heh. mungkin aku sudah sampai limitation point. huarghh! I can't take it anymore! :(

project increases, leisure time decreases.
project increases, money decreses.
project increases, depression increases.
project is directly proportional to depression.

Art, kirim salam.
Basic Design, boleh blah.
Architecture, sekian terima kasih.

Thursday 17 February 2011

hantu.


dah lama betul nak cerita kisah 'hantu' ni. busy lah konon.

okay. al kisah terjadi di hari pertama aku tidur kolej setelah seminggu cuti mid sem. malam itu aku demam. sejuk sampai ke tulang, aku sarung stoking, aku tarik selimut tanda mahu tidur. setelah hampir sejam sesi bermonolog dengan diri sendiri, tumpas lah mata ini.. tabiat comel aku ketika demam atau sakit ialah kerap terjaga di waktu malam. nak dijadikan kisah hantunya.. pagi itu aku terjaga. alangkah terkejut, keliru dan runsingnya hati ini apabila melihat bantal cylinder besar nak mampus yang baru tapi tidak baru sangat berada di hujung meja roommate. jauh jugak perjalanan bantal tersebut. oh. takpa. mugkin aku mamai lalu menghempas kuat bantal tersebut. mungkin.

malam kedua, aku masih sakit. aku tengok jam, pukul 2 pagi. toleh kiri, roommate dah lama ke alam mimpi. tengok fon, sudah 3 pagi. tak ada siapa-siapa boleh dihubungi. tiba-tiba.. "krek krek krek" "tset tset" aku mencari-cari arah bunyi tersebut dalam kegelapan. "tak ada apa-apa" bisik aku dalam hati. "krek krek krek" wah. kali ini seseorang/sesuatu betul-betul sedang bekerja di meja aku nampaknya. lantak lah. angin barangkali. barangkali.

tingkat 6 memang misteri. banyak kisah terungkai di sini. dan di sini lah juga tempat persinggahan Bidasari...

Monday 14 February 2011

Helmieku.


hang lah orang last wish birthday gua. terima kasih lah! dua hari tak tegur hang di tweeter, merajuk lah konon. ingatkan ada awek lupa aku dah, hahaha. rupanya rindu jugak hang kat aku. hihi. so sweet lah Helmie oi. sayang hang lah gila! itu lah, sampai hati sangat duduk jauh..


perasan dak gambar bawah?
ingat nak letak gambar bertiga,
tapi merajuk punya hal.
aku letak gambar berdua ja, haha. bodoh.

Sunday 13 February 2011

satu sembilan ialah 19.

11022011, 11:05 am.
I had a simple day but a splendid one, Alhamdulillah. tutorial class in the morning, went to Bangsar for some stuffs, meet Mierah in UM. headed to National Art Museum with Mierah, Arep and Nazirul, meet my art tutors and the other ABians there, went to KLCC and back to college, finished up doing the Art mock-up project, sleep at 3.30 am and woke up at 7.00 am ! jyeah!

happy birthday me! tehee
thanks semua yang wish dan mendoakan yang baik-baik.
so, hadiah mana?
hello.. Shahir, Shahir are you there? haha

Monday 7 February 2011

Monday blues.

sungguh tak gemar gua dengan hari Isnin. untuk menambahkan lagi rasa tak gemar tersebut bila diri ini yang suci lagi murni ditimpa penyakit, iaitu demam. apabila demam, datang lagi satu penyakit, iaitu tonsil. maka, disebabkan gejala Isnin biru, demam dan tonsil, ditambah perisa malas secukup rasa, aku isytiharkan cuti di hari Isnin. hehehe. mudah. tak payah mandi pagi sejuk sejuk. lepas subuh naik katil, tarik selimut, pejam mata sampai pukul 11. bagus Oni, bagus.

dan esok ialah hari penamat hidup gua. presentation Architecture and Art, pre and post Renaissance yang tak tahu bagaimana nasib kertas kerja, apatah lagi nak menyusun ayat di depan kelas. urghh. masak hangus. itu belum kira Make Sense project. mock up? apa jadah semua itu?! bukan boleh makan. haih. jangan mengeluh Oni. harung saja apa ada di depan. siapa suruh ambik jalan yang penuh duri. heh. tak menarik pulak hidup kan kalau badan takda luka-luka, parut, menanah. hah. itu ayat orang macho yang kata.

lagi 2 bulan nak habis Pasum. oyeah. lepas tu duduk rumah lah puas-puas. niat di hati nak cari kerja. kalau ada siapa-siapa tahu ada jawatan kosong sebagai manager atau bos bukan kuli batak, yang kerja goyang kaki, boleh online, masuk kerja sesuka hati, gaji masyuk, sekitar Kangar, sila bagitau. hmph. cantik. memang tak ada lah!

okay. memandangkan Pasum dah nak habis, final dah dekat, project makin susah. aku harus, mesti dan wajib belajar bersungguh-sungguh! buang sifat malas, lempaq jauh-jauh perangai bertangguh kerja dan jadi lebih serius. serius. serius. serius. ini pecutan akhir Oni. kalau dulu merangkak, lari-lari anak dan lari-lari bapak. sekarang masa untuk pecuuuuuutttttt! go go go!

hmph. pecutan akhir lah sangat kan kalau dah first day start lecture dah ponteng. online 24/7. kerja tak siap, disiplin takda apa semua. bagus Oni bagus.

Sunday 6 February 2011

not my E day.






makcik, kakak, afini, nana, dira, kembar.
we're all so cantik on that day!
I miss you guys!

makcik & Anuar,
semoga cepat cepat kahwin.
dah tak sabar nak kenduri lagi sekali ! hihi

hurm. bila nak dapat gambar dari photographer ni makcik?!
nak tukar prfile picture lah. haha

Thursday 3 February 2011

hopeless romantic.


selamat 2 tahun perkenalan. cececey. gila geli, hahaha.

treat your boyfriend as your best friend,
treat your best friend as your family.
and everything will be awesome!

I love you Mohd Shahir bin Kholim.

no matter what happens, my heart's with you each night and day.
no matter what happens, you'll be my priority.
no matter what happens, I will always be by your side.
no matter what happens, you're still be my true love and my man.

cause you're the best part of me.
cause you're all I got in this world.
cause you're everything to me.

thank you dear..

Tuesday 1 February 2011

wazzup February ?!

hai bulan kegemaran yang tak berapa gemar sangat dah. hai !

sekejapnya Januari 2011 tinggalkan aku. apa saja yang aku dapat Januari ini? sirna~ ciss. semoga berjumpa lagi Januari 2012. rasanya Januari 2011 tak berapa cukup pahala yang dikumpul.. menakutkan.

okay, harap Februari berlaku baik kepada aku, seperti selalu.

1 Februari 2011 - keluar tengok tengok Kangar dengan Shahir, lepas tu Juliana.
2 Februari 2011 - kakak balik, complete satu rumah yeah.
3 Februari 2011 - balik kampung!
4 Februari 2011 - kenduri besar. penat? tak. goyang kaki saja~
5 Februari 2011 - duduk kampung lagi. makan besar lagi. boroi lagi. bring it on!!!
6 Februari 2011 - balik kolej sudah. haih..
7 Februari 2011 - Monday blues.
8 Februari 2011 - presentation Renaissance, mock-up Make Sense project. what?!
9 Februari 2011 - belajar lah pulak. result mid sem? boleh makan?
10 Februari 2011 - hah mampoih lah nak list semua 28 hari tang ni ?!



kau jangan bimbang Februari, kau tetap kegemaran.
mohon satu kasut baru bulan ini. sekian.