Friday 25 June 2010

busy kah ?



busy laah sangat kan sampai tengah online dari tadi.. mampos jugak macam ni. apa laah nak jadi dengan aku..

artwork lines composition ada 4 lagi tak siap dan esok kena hantar! cilaka. kenapa aku terbawa-bawa perangai malas nak mati tu sampai sini! ini laah padahnya!

tu belum kira assignment berkumpulan. wahh. serabut!

minggu depan ada test Environmental Science dan Maths. sabar ja Oni, sabar. tak lama dah nak boleh kawin, sabar. HAHA

penat betul jadi budak asasi. betul-betul kena struggle. hish, hishh. macam mana ni.. aku tengah struggle untuk biasakan diri dengan kehidupan di hostel, nak struggle belajar lagi, memang kelam kabut laah.

minggu depan Kakak nak datang melawat. eh, ehh. melawat laah sangat kan. ajak berjalan-jalan dan merayau sebenarnya, HAHA. sumpah best. boleh jumpa Kakak pon dah rasa macam separuh badan balik rumah. cehh. over!

okay, buat kawan-kawan yang nak masuk UiTM besok, selamat maju jaya, murah rezeki, aman damai dan diberkati. Arep, Ena, Hanna, Ammar, Zohdi, Faris dan semua. all the best!

Sunday 20 June 2010

hostel.

okay, hari ni rasa macam bersemangat nak bercerita. wah, wahh. padahal banyak lagi assignment tak siap ni. hish, hishh. lara' betul..

memandangkan dah genap 4 minggu aku memulakan hidup baru di asrama Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah, aka Kolej Kediaman ke-12 ni, ecewah. terasa ingin bercerita laah pulak.

okay. kemudahan di sini memang superb, Alhamdulillah. satu bilik yang sederhana besar ni 2 orang kongsi. katil pon single size yang bukan double decker, syukur. meja belajar pon superb jugak, besar laa, cuma agak messy sebab aku malas mengemas. nanti dah lawa aku post gambar ya, HAHA.

locker saja kureng sikit. agak kecil laah bagi aku. hehe. nampak sangat banyak barang kan. semua nak sumbat dalam locker. senang. kalau semak, aku sorang jaa nampak, HAHA. gila, gila. memang super malas laah aku di sini. tabiat lama dari rumah masih terbawa-bawa. ishk, ishk, ishk.

bilik aku pulak blok C, tingkat 6, which is mengadap tasik dan mengadap hostel lelaki. agak tak best laa part mengadap hostel lelaki tu. tapi mengadap tasik tu kedengaran agak permai lagi mempersonakan. kalau rasa boring, stress ka hapa memang buka balkoni, ambil udara segar sikit. ceh, segar laah sangat kann. dan pintu balkoni bilik aku memang terbuka selalu. biar udara dari luar masuk sikit..

okay, agak best bila pemandangan dari balkoni bilik aku jugak boleh nampak Menara KL. apa yang penting, Shahir cakap, apartment yang dia duduk sekarang jugak boleh nampak Menara KL. kira ada laah juga persamaan. kalau rindu tu boleh laah tengok-tengok Menara pacak tu. HAHA.

merepek.

aku kureng gemar sikit dengan toilet. hish, hishh. aku selalu saja suspicious kalau-kalau ada orang mengendap ka hapa. teruk betul.. almaklum laah.. toilet kena kongsi. kalau kita dalam toilet, tiba-tiba terbau enak dari jamban sebelah, itu sudah perkara biasa. huh.

hidup berkongsi ni memang susah.. tapi aku okay lagi buat masa sekarang. asalkan underwear apa semua guna yang masing-masing! HAHA.

okay, okay. sudah laah merapu meraban sikit sikit. banyak lagi kerja tak siap ni. bye bye!

Saturday 19 June 2010

keep holding on!

syukur. hari ni hidup penuh dengan riang ria raya bahagia aman damai senyum kembang kenyang perut suka hati! wah, wahh. metaphor!

sumpah, hari ni sungguh bahagia. Alhamdulillah.

pagi pagi ada kelas. ya, Saturday. but still got to wake up early, wears kurung and went to class. takpa, tak kisah. kelas Lukisan Seni Bina sangat best. waktu dalam kelas dah duduk tak aman sebab Mierah dan Alieya sudah ada di library UM. ohh. hati gedik-gedik mahu ketemu girlfriends sekalian!

habis saja kuliah, terus balik college. dan bermula laah drama sebabak.. nampak Mierah terus peluk cium menangis, teriak, bersembang, bergosip, merapu meraban. nikmatnya hanya Allah yang tahu!

then, pergi Midvalley. ya, mana lagi?! booring. tak kesah laa. janji ada girlfriends! shopping itu wajib, membeli-belah barang-barang lukisan dan kelengkapan belajar juga perlu. ahh. bajet Oney, bajet! selalu saja aku tersasar dari tujuan sebenar, HAHA.

balik dari bergembira bersama girlfriends tersayang, Shahir call! dengar khabar berita sikit sikit sudah memadai. cinta masih utuh, rindu sudah segunung.

lepas tu pulak, mama telefon. dengar semua suara adik-adik di belakang. bertempik, bergelak. meriahnya.. best nya rumah! rindu amat amat Allah saja yang tahu.

MasyaAllah. lengkapnya hidup hari ni.

esok, Mak Ngah akan datang college. bawak bekalan ikhtiar hidup di UM. kettle, carpet, apples, buku dan segala macam benda yang remeh temeh. terima kasih semua!

Ya Allah! sungguh lama tak merasa gembira dan bahagia yang macam ni. terima kasih.. 3 July nanti akan ketemu Shahir, InsyaAllah. dan 25 July nanti baru berpeluang balik rumah. syukur. moga dipermudah segala urusan di sini. aminn :)


Thursday 17 June 2010

hello world.

huargh. tak tau nak start dari mana. mood berblog dah hilang gamaknya. ya. banyak benda dalam diri seakan sudah mati. ahh. pelik.

4 minggu sudah aku di sini. gembira, sedih, susah, senang semuanya sama banyak. ini laah jadi kalau umur lapan belas baru belajar duduk jauh dari rumah. menangis, homesick tak payah cakap. almost everyday kott! gila hapa.

kecewa, patah semangat pon ada. haila. tak dapat JPA luar negara satu hal, masuk Alam Bina satu hal. untuk JPA scholarship tu frust sangat sebab tak buat rayuan.. dapat yang dalam negara saja. huarghh. untuk course Alam bina ni aku masih ragu-ragu.. boleh kah aku score? basic melukis semua takda, dan mostly subjek baru semuanya. haihh. malas laah fikir benda-benda ni. penat la!

blog ni dah macam nak mati. kehsian kau.

Tuesday 15 June 2010

currently me ;

15 July 2010,
HAPPY BIRTHDAY ABAH!
thanks for everything.. *lost words* :')



haila.. dah terlalu banyak air mata tumpah di UM. kuat la, kuat la, kuat la! rindunya rumah... rindunya Shahir!

Tuesday 8 June 2010

Fakulti Alam Bina

hish, hishh. tadi tengah belajar Komunikasi Grafik bukan main semangat nak balik tulis blog. bila dah balik, penat pulak. malas nak menaip apa apa. idea pon terbang melayang, dah tak boleh tangkap masuk sarang dahh.

sumpah penat yang amat sangat hari ni. kalau semalam penat, hari ni super penat! kelas dah laa sampai pukul 5, lepas tu kena berjalan pergi dan balik dari kolej sampai Fakulti. ohh. peluh peluh macam baru lepas terjun sungai. ohh. tipu. tapi serius penat amat laa. 3 teksi aku tahan hari ni, ketiga-tiga teksi tak tau kat mana Fakulti Alam Bina. cilakak. aku pon taktau! so, aku teruskan ja perjalan ikut 3 orang budak lelaki di depan. akhirnya sampai jugakk dengan tercungap-cungap dan basah peluh. huh, huhh.

kelas dekat Fakulti ni macam best laa. pakaian bebas! boleh pakai jeans semua. so, ada laa rasa macam budak college sikit, HAHA. tapi untuk setiap hari Selasa jalaa. 

Komunikasi Grafik tadi belajar melukis, buat assignment dan macam-macam laah lagi. haihh. aku dah laa tak tau melukis, langsung! kata jaa minat melukis, tapi bakatnya tiada! tadi kena lukis mata kawan sebelah, lecturer (Pn. Anum) buat muka pelik sambil kata 'awak tak tengok mata partner awak betul-betul' huhh. tension macam ni.. Puan Anum, actually, I can't draw!

lepas tu kena buat psychomotor, iaitu melukis tanpa tengok kertas. aku lukis bangku. memang takda rupa bangku langsung! then, lukis balik benda sama macam biasa. pun buruk! 2, 3 kali tutor datang tegur. HAHA. bermasalah sungguh aku dengan bidang-bidang lukisan ni. haihh.

takpa, aku cuba jaa yang terbaik. a bad drawing is no drawing at all. so, aku ni kira boleh dimaafkan laa, HAHA. okay then, see ya! :)

Monday 7 June 2010

eh, setiap hari pon penat!

okay, hari ni sumpah penat gila. okay, penat yang menggila.

6 pagi aku sudah sampai kolej dari rumah. syukur, ada Mak Ngah yang tolong ambik kan dari Jalan Duta balik ke kolej. kalau tak, kelam kabut jugak nak naik teksi ka apa. Alhamdulillah.

sampai ja bilik yang sederhana kemas ni, sembahyang dan terus tidur! 7.30 pagi roommate ku yang baik, Nurhanim tolong gerakkan. serius dia baik tau. bertuah dapat roommate baik ni, kita pon terdorong jadi baik, HAHA.

lepas turun cafe dan breakfast, 8.30 pagi terus bergegas pergi dewan kuliah. kelas start pukul 9. kalau lewat, alamatnya duduk belakang laah. kalau duduk belakang, alamatnya tidur dan keluar dewan kuliah dengan otak kosong laah. dari dulu lagi aku memang suka duduk depan dalam kelas. bukan nya apa, mata ni ha, rabun!

dewan kuliah bagi pelajar Alam Bina tersangat laah jauh dan buruk! antik dan vintage yang amat. dengan dimeriahkan lagi oleh spesies-spesies monyet yang separa comel, sangat terbaikk. asalkan monyet-monyet liar tersebut tak kacau hidup aku, aku tahan. HAHA

okay, kuliah start dengan Physics and Chemistry. Asasi Alam Bina belajar basic dan tak terlalu mendalam subjek Physics and Chemistry. ahh. rugi! dah la minat dua-dua subjek ni! Tsk, Tsk.

then, Geometry and Trigonometry oleh Dr. Yong Zuliana yang best! diteruskan lagi dengan subjek Environmental Studies yang memang aku tak faham apa ke benda. mampoihh.

habis kuliah, aku ikut kawan-kawan pergi beli buku rujukan dekat Pekan Buku UM. ohh mak aii. jauh yang amat! naik bukit turun bukit. naik tangga turun tangga. huh, huhh.

dan hari ni start tutorial Chemistry. ahh. kenapa kah sungguh slow belajar Chemistry di sini!? aku pulak dicampak ke kumpulan tutorial AB5, memang slow laah. haih. tak fun! nak bersoal jawab pon malas. huh, huhh. macam ni laah nasib orang yang tukar-tukar course. dicampak merata-rata. huh, huhh.

apa-apa pon aku perlu focus ja. belajar jalaa apa pon. Tsk, Tsk. aku nak jugak dapatkan pointer 3.5 and above. tak nak laah pointer cikai-cikai jaa. kehsian mak bapak aku.

hurm. 11 pagi sampai 5 petang esok ada kelas Komunikasi Grafik. first time nak masuk kelas untuk subjek ni. dengarnya lukis-lukis. haihh. lama dah ni tinggalkan seni dan lukisan ni. minat memang minat, tapi bakat tiada. HAHA. kelas Komunikasi Grafik dan Lukisan Seni Lukis dekat Fakulti Alam Bina yang jauhnya 15minit perjalanan dari Kolej 12. perghh. terbaikk. naik teksi jaa esok ni. hari ni kaki dah nak lucut dah!

okay. sampai sini saja. tidur, tidur, tidur! jumpa lagi! :D

Saturday 5 June 2010

kampungku indah nun jauh di sana.

cehh. tak boleh blah ayat, duduk KL jaa pon, rindu rumah macam laah aku ni duduk UK, wakaka.

okay, sekarang aku kat rumah! gila punya heaven okayy. nak kena cerita panjang lagi kah? best memang best tahap tak boleh nak cerita. gila melampau youu.

sekarang ni semua ada kat rumah. kakak cuti, Afini pon balik dari asrama, aku juga lari pulang. ber-gathering laah kami di rumah. bising sungguh. naik kereta pon sendat. bak kata Eman 'wah. setelah sekian lama kereta tak penuh' cehh. dia yang tak ikut kalau nak pi mana mana, memang tak penuh laa.

esok pagi aku dah bertolak balik penjara.. ahh. malasnya!

Wednesday 2 June 2010

I'm architectural student.

yah. cita-cita sewaktu tingkatan 3 yang luput sewaktu melangkah alam menengah atas kerana terpaksa ambik Biology.. aku teruskan.. mungkin bukan arkitek, tapi ukur bahan.. InsyaAllah..

hati masih 50-50, boleh kah aku hadapi semua ini? semua subjek baru bagi aku. MasyaAllah.. Kau kuatkan laah semangatku.. Tsk.

emosi masih tak stabil.. Sabtu ada kelas Lukisan Seni Lukis, tapi tetap nak balik rumah. kalau mama tau ni mampos ni.. ahh. lantakk. aku nak balik kumpul semangat dulu..

ya, mulai hari ini aku pelajar jurusan Alam Bina.

macam-macam laah aku ni.. hidup macam kucar-kacir.

Tuesday 1 June 2010

Jumaat nanti..

apa jadi pada dunia? aku sudah hilang punca. aku dengar Gaza kembali bergolak. itu pun dapat tau dari status kawan-kawan di Facebook. haih. apa jenis hidup laa macam ni...

Jumaat ni aku balik rumah, InsyaAllah. aku mahu kumpulkan semangat yang ada di rumah, bawak balik sini.. senang sikit aku nak hidup.

lemah rupanya aku ini..

takk. bukan aku lemah, cuma keadaan saja yang cukup berat untuk aku pada waktu ini, aku tak pernah lemah. payah aku nak cerita satu satu kat sini... nanti nanti laah.. nanti nanti itu entah bila.. biar nafas aku ada bersama, aku sudah cukup kuat.

haihh. okay, tu jaa mampu aku cerita serba sikit. hah. aku sekarang dah kuat mengeluh. terbaikk. okay, okay. bye bye semua...