Sunday, 31 January 2010

Sekolah Paya

malam ni aku teringat kisah sekolah rendah dulu. aku ada 2, 3 gambar, tapi ntah mana pulak aku simpan. takpa laah, nanti dah jumpa, aku scan masuk sini.

kami adik beradik memang sekolah paya. dari zaman arwah tok bersekolah sebelum merdeka dulu sampai tok jadi cikgu sementara kat situ waktu zaman anak daranya. pastu abah dan adik adiknya, diteruskan lagi oleh anak anak abah ni pulak bersekolah kat situ.

tak ada yang lebih special tentang Sekolah Paya melainkan sekolah tu dah terbina sejak 102 tahun dulu. okay, ini bukan joke. nak tunjuk bukti memang dah tak ada sebab bangunan yang tinggi nilai warisan tu dah dirobohkan baru baru ni untuk bangunan baru yang jauh lebih besar dan canggih. sayang sangat dengan bangunan tu, sebab kayu kayan bangunan tu memang ada ukiran yang sangat cantik. waktu darjah 1 dulu, bangunan tu dijadikan bilik seni. sejak masuk darjah 3 pulak dijadikan surau. petang petang waktu kelas kafa' mesti sembahyang asar jemaah sama sama. okay, itu semua memori yang masih aku ingat sampai bila bila.

kat facebook, terjumpa kawan kawan lama yang memang lama tak jumpa. Sharifah, Nadia, Syazana, Wan Faris, Azrul, banyak jugak laa. aku masih mencari seorang kawan, Fauzi. aku dah try cari kat facebook, tapi tak jumpa. mungkin dia takda pon account fb, dia kan orang kuat study. dah bertahun tahun tak dengar khabar. last sekali tersempak waktu raya 2007, dekat tanah kubur, waktu tu aku tak tegur laa sebab tengah cover nangis lepas ziarah kubur tok. itu last aku nampak dia. kami sekampung, rumah dia belakang rumah tok, selang beberapa buah rumah. tapi dengar cerita dia dah pindah. ntah laa, aku pon dah lama tak sampai kampung tu. rindu sangat dengan angin Kampung Paya. dan rindu yang amat amat pada arwah tok.. Tsk.

okay, bercerita pasal Fauzi tadi, lepas UPSR dia masuk MCKK. kawan kawan memang dah lost contact dengan dia. lepas result PMR keluar, dengar cerita dia top 10 terbaik negeri Perak. aku tumpang bangga walaupun dalam hati aku rasa kalah dan jauh ketinggalan, sabab kami memang suka bersaing dulu. of course dulu aku menang. haha. tapi buat apa nak bangga zaman dulu. sekarang ntah ntah dia dah dapat biasiswa mana dah. aku tumpang bangga, memang aku rasa dia boleh jadi orang besar nanti. adik, abang dia pon memang bijak belaka, baka baik. aku harap aku dapat jumpa lagi dengan dia, harap harap dia tau cakap dengan perempuan. haha.

Saturday, 30 January 2010

duit !

yea. hari ini baru mulakan misi menabung.
haha. dah lama tak menabung.
boros sangat, tak sempat nak simpan dah habis. :(
bila waktu sesak macam ni baru menyesal.
okay, kempen menabung ni bertajuk : shop by oney
haha. semestinya tujuan hanya menyimpan untuk shopping di KL nanti.
berjaya atau tak, we'll see.
ntah ntah hangat hangat tahi ayam jaa.

hari ni rasa tak sihat laa.
malas nak menaip banyak banyak,
tak ada apa nak dicerita pon.

sekian,

Friday, 29 January 2010

tennis anyone ?

okay, hari ni nak bercerita sikit. dah tak mau buat obsession dah. nanti over excited sampai tidur pukul 3 lebih. haihh

petang tadi, aku and mierah pi main tennis. aww. kami bukan laah pro mahupun amatur. aku pulak pemain badminton yang baru belajar bermain tennis. okay, sila banyangkan macam mana gaya aku serve. tinggi bagai, tak sempat melantun pun, out. haha. takpa, aku tak patah semangat dan berjaya melakukan serve dengan gaya menarik.

pastu, ada pulak pakcik yang jaga court tu tolong ajar kami. mula mula memang aku tak suka sebab menyibuk jaa, cakap aku tak makan nasik laa apa laa. hey, tengok laa tangan I besar manaa. serius agak garang, memang macam coach betul betul laah even tak bagi gaji pon. haih. penat betol. tak biasa aku dikerah macam tu. haha. apa apa pun, terima kasih yaa pakcik. nanti ajar lagi. esok kami main lagi sana. :D

then, malam keluar makan kopitiam repoh. mula mula nak makan steamboat kat mai cafe, tapi ubah plan. haih, kempunan betol. -.-

apa apa laah. malam ni perlu tidur awal. dah brapa hari dah tidur pukul 3 lebih. bosan sampai nak tidur pon dah muak.

till then, thank you for dropping by. :)

Thursday, 28 January 2010

fashion.

seriously, I really addicted to fashion.
I gonna have a fashion blog soon.
no, not now, but less than a year from now maybe.
I'll try.
promise to myself, and I bet you ! :D

I do had an ambition to be a fashion designer.
but my ustaz said that, 'berdosa buat baju tak tutup aurat,
kira bersubahat.' ohh. :(

but, I didn't care much.
I gonna have my boutique soon. haha
yeahh. I'm always daydreaming for the past few weeks.
forgive me for annoying you. -_-"

okay, here's the pictures.
they are all my fav !


girl who like girls, Freja Beha Erichsen. I lovee her !


my sister's favorite, Agyness Deyn.


Heidi Klum. who don't recognize her ?!


knee boot by Kate Moss. aww


lovely Harry Potter girl, Emma Watson.

journal


I do have one, in 2005 and 2006.
that time,
I don't own a blog, or even a diary.
I never got a diary, actually.
oh, not so me.

okay, currently, in the past few days,
I really hoping for a journal book,
no, not a diary.
but a journal,
that I can sketch,
making plans, wishes,
writing a simple notes everyday.
I really miss writing.

my future journal would be purple, with fine, soft fabric covers.
(like my pashmina or comforter, awww)

ohh. I got a Shell's journal 2009 with a leather cover,
great ! maybe I can decorate it !
yeahh. that's will be my next project after I'm finish doing my mom's essay.
or, anyone would be kind enough to get one for me ? -_-


my future journal that I wish for. -_-"

Wednesday, 27 January 2010

I'm a Muslim.

okay, aku dapat information dari sini, yang di copy dari :
http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com/
aku pon dah jadi fan Jejaki Tinggalan Rasul ni dekat facebook.

lepas tu, aku terus buka you tube dan tengok The Arrival. banyak jugak part aku tengok, curious sangat siap buka wikipedia lagi. rasa seram sejuk pon ada. macam tu sekali usaha menjatuhkan Islam.

pasal AJL tu aku tak nak sentuh. aku rasa penerbit dan penata konsep AJL patut buat press conference untuk terangkan benda ni sebab ramai dah keliru. ini mungkin konspirasi dan bukan propaganda semata. Wallahu'alam.

aku pikir benda ni sampai pening, penat dan nak terlelap jugak laa petang tadi, sebelum tidur, aku minta petunjuk dari Allah pasal freemason ni. dan aku teringin nak tau pasal dajjal, yakjud dan makjud. tadi tapi aku tak mimpi atau dapat petunjuk apa apa pon. mungkin sebab aku takot sangat sampai act awkwardly.

aku bukan laah cukup iman sangat apatah nak dikata warak, jauh jauh amat. tapi hati aku mudah tersentuh dengan isu isu macam ni. dan, dan aku rasa insaf. okay, please jangan gelakk.

dan, aku juga rasa kecewa sebab sebagai umat kat bumi, aku tak boleh buat apa apa nak menahan semua ni. tak apa laah. at least aku try share information ni. mungkin ada lagi yang tak tau pasal ni.

sekian,

Monday, 25 January 2010

hari hari bosan macam ni aku boleh gila. tak tahan dah wei ! macam nak jerit jerit ! tapi tak boleh laa. satgi jiran jiran mai rumah ingat aku mangsa dera pulak. haihh. takda hidup dah aku ni. tolong laa jangan bosan lagi lepas ni. aku tak sanggup dahhh.

aku baru sedar,

aku baru sedar yang aku ni super malas. ohh.

disebabkan mama takda dan mungkin akan balik esok, aku mengambil peluang memanjakan diri atau lebih tepat lagi memalaskan diri dengan rela goyang kaki tanpa buat apa apa.

bangun tidur tadi tanpa gosok gigi terlebih dulu terus aku pergi dapur cari makan ala kadar, sambil tu aku on laptop mak aku, then aku online. (diusia 17 lebih aku masih takda laptop sendiri punya sebab aku belagak nak Vaio jaa. takpa aku redha, ini ketentuan Ilahi) sedar sedar dah 2.30 petang dah. hampeh. mandi dak lagi. kalau mama ada, memang mampos laa aku kena tembak berdas das. kalau mama ada, pukul 11.30 pagi aku dah siap mandi dan berpakaian cantik cantik. pukul 2 makanan dah sedia terhidang di atas meja hasil air tanganku ! waahh. waahh.

mama penah kata, 'kalau mama takda, tak tau laa apa jadi kat hampa' . haha. aku rasa, kalau mama takda, tak hidup laa kami. nak makan pon rasa malas ni. malas nak masak memasak, mengemas dan membasuh, memang takk laa. nampak sangat kerja kerja aku buat selama ni hanya nak mengelak dari kena leter jaa. tak ikhlas langsung.

budak kecik dua orang tu hari ni tak pi sekolah padahal sorang jaa demam. tadi yang kembar si kakak tu menangis teriak teriak sebab duit dalam tabung dia kurang sekeping RM10 dari duit si adik. ahh. melayang duit aku 10 ringgit. aku hulur jaa sekeping RM10, diam terus, siap senyum senyum lagi. hampeh. hangin aku macam ni hari hari. dah laa tengah pokai. sapa sapa ada kerja kosong yang halal, mudah, senang dan tak penat. ambik laa aku kerja. aku rajin dan berdedikasi dalam bekerja. nak resume pon aku boleh bagi. tapi ada ka kerja mudah macam tu? =.= (best jugak tanda macam ni. tengok kawan kawan facebook gila semacam jaa dengan tanda ni)

tadi nia sms, esok ada mini party bloggers kat rumah najmie. bunyi macam best, gempak gila. nak kena pakai dress bling bling ka mini skirt ka apa ? kaata party. woi. jangan banned aku pulakk. :D

okay. okay. panjang dah aku kira update kali ni.
lebih enak kalau aku segera nyah buat kerja berfaedah sikit.
till then, pergi dulu.

Sunday, 24 January 2010

twenty fourth of january

okay, sebenarnya tak banyak yang nak ditulis hari ni sebab tak banyak benda yang dibuat sangat pon ! tapi ada benda penting hari ni, so here's the update ! :D

hari ni adik demam, susah betol menjaga budak demam. mama takda, so aku laah diberi jawatan tersebut. ahhh. pukul 6 dah bangun bagi makan ubat. makan minum pon kena suap. takpa laah adik, kak oney maafkan !

bangun tidur, online saja. bukan ada benda nak buat sangat pon. saja menengok perkembangan terkini dunia. haha. terima kasih yaa helmie atas wireless tak berbayar ni. terhutang budi pada hang. (ikhlas sungguh okay) :)

petang tadi aku tengok Greek. awww. teruja okay walaupun hero dia tak setanding Chuck Bass or Dan Humphrey. drama series tu best, tapi aku kerap tertinggal sebab waktu siaran tuh memang sangat tak strategik, 7.oo pm. orang kelam kabut kot time tuhh. nasib baik Hallmark channel selalu ulang ulang cerita.

well. well. well.
sebenarnya tujuan post ni hanya satu,

HAPPY BIRTHDAY ALIEYA NATASHA !


may you live all the days of your life :)



Fifa World Cup 2010 South Africa

video


GRR. can't wait for FIFA World Cup 2010.

Saturday, 23 January 2010

Tips Bertudung

setiap apa yang disarung pada badan melambangkan diri si pemakai kann.

okay. hari ni dalam sejarah, aku rasa macam nak bagi panduan berpakaian. bukan nak tunjuk bagus, tapi rasa amat ingin berkata sesuatu. selepas mangadakan sesi blog walking petang tadi, aku rasa semacam amat perlu menyuarakan pendapat yang tak seberapa ni. apa apa pon sila ke sini dulu untuk sesi mukadimah. sini.

cantik kah pakai macam tu ? disaster kan ? sesungguhnya, anda, kamu dan awak awak semua pon tak nak berpakaian macam tu keluar rumah kan. even dalam bilik sorang sorang saja suka suka nak test power pon lebih baik jangan !

buat anda anda yang manis bertudung, teruskan pencapaian cemerlang kamu. tapi, tapi. jangan sesekali pakai baby tee, mini skirt dan bertudung macam adik tu. ahh. kita bukan hanya bercakap mengenai imej, tetapi martabat tudung tu. belum kira martabat wanita Islam. bila tengok gambar tu pon mesti dah rasa malu sendiri kan. so please, adik adik dan semua yang membaca, jangan pakai macam tu lagi, okay ?

erm. nak jugak pakai mini skirt, baby tee and tudung ? boleh sayang. cuma tambahkan legging, hurm, black would be great, legging corak corak pon ada. then, pakai laah jacket or cardigan untuk cover tangan anda yang gebu tu. easy right ? tetap manis bertudung malah bergaya pula.

bertudung bukan bermakna tak boleh bergaya dan sentiasa up-to-date. siapa cakap ? dah ramai wanita, gadis gadis yang bertudung, tetap bergaya dan kelihatan sangat sangat menarik tanpa perlu banyak mendedahkan sana sini.





tips memilih tudung :

1. cari tudung daripada jenis kain yang mudah dibentuk. I prefer pashmina. :D
2. pilih tudung yang bercorak apabila anda memakai baju yang tak bercorak dan, elakkan memakai tudung yang bercorak ketika memakai baju juga bercorak.
3. elakkan pakai tudung berwarna gelap dan kusam sebab akan nampak jauh lebih tua dari usia sebenar. tapi, aku tetap pilih hitam ! :D
4. tudung berwarna hitam dan putih mudah dipadankan untuk semua jenis baju. beranikan diri mengenakan aksesori tambahan seperti rantai, gelang. jam tangan juga aksesori yaa.

5. beranikan diri mencuba tudung dari pelbagai jenis kain selain tudung bawal supaya nampak lain. sekarang kan dah banyak trend selendang, Ariani and what so ever. apa salahnya mencuba sesuatu yang baru. hah, dulu waktu aku masih speko, sangat rasa tak yakin untuk berselendang. kakak dah lama berselendang (dia dulu dikutuk sebab berselendang, sekarang yang kutuk tu pon berselendang jugak), aku teringin tapi hanya pendam saja keinginan yang membuak tuh sebab sangat low self confidence. now, I regret.

6. warna tudung yang terang seperti purple, orange, merah, pink, kuning melambangkan anda seorang ceria dan berkeyakinan tinggi. tak salah mencuba. kadang kadang kita perlu berani dalam menata gaya kann. :)
7. elakkan memakai tudung yang sama warna dengan baju. old fashion okay. :D

8. bertudung biar kemas dan yang paling penting, selesa. bukan hanya mahukan gaya.

**

buat anda yang tidak bertudung. tak apa. jangan gelabah kalut kalut mencari penutup kepala. mungkin masih belum terbuka hati buat kamu bertudung. yang penting hati bersih kann. yang tak bertudung pon boleh kenakan macam macam gaya untuk tampil menawan. apa kata beranikan diri mencuba head band, head gear, scarf. sekarang kan tengah in. :D

kalau kalau rasa mahukan panduan berpakaian, rajin rajin laah google. okay serious, aku selalu buat kerja ni. eh. bukan kita meniru, tapi rasa puas bila tengok model model antarabangsa pakai lawa lawa. berhias pon boleh manaikkan self confidence. penting juga tu. kalau malas googling, beli laah majalah. I prefer Cleo. dah bertahun setia dengan Cleo !

apa apa pon, harap lepas ni apa yang kita sarung dibadan, diberkati Allah. :D


p/s : my personal fashion icon : kakak. haha
hi !
okkay. okay.
i knoww.
it's been a age i didnt update anything here.
okay. lets summarize everything !

Isnin.
Gua Kelam !
okay, serius best sebab dah bertahun tak sampai sana, last pon masa sekolah rendah dulu. arghh. pathetic or what ? Gua Kelam hari tuh, tak mandi pon, basah basah kan kaki, main air jaa. tuh pon balik rumah dah gatal gatal. 3 hari pon tak lega. haih. kulit memang sensitif. even batu batu, lumut lumut pon dah geli. apatah cacing, ulat, urghh.
well. belagak sebenarnya. :D
apa apa pon, jagung bakar memang sedap, daging bakar memang sedap. well. my recipe. sumpahh. haha



Selasa.
Taman Guru Jaya.
masak memasak. kemas mengemas. tidur. ahh. itu jaa ? penat gua kelam tak habis lagi.

Rabu.
Secret Recipe.
yeye. Perlis makin maju. :D
tak kesah laahh. masih menanti, bila nak ada McD ?!
hari tu first day secret recipe kangar buka ! aku pi dengan kakak and helmie. tak makan banyak sebab dah kenyang, plus duit tak banyak. haha. helmie kata, tomyam dia rasa kurang sedap dari selalu. well. baru bukak kann. we'll see. apa jadi selepas ini, jeng jeng jeng.

Khamis.
Padang Besar.
yehaaa. pon bertahun tak sampai sana. last pon time form 1 dulu. haha. serius, aku jakunn. masuk jaa bangunan besar tuh, dah pening pening sebab tak tahan bau. bau apa tuh, paham paham jalaa. nanti kata aku belagak sombong lupa diri pulak. haha. best okay sebab ada kak myra and mierah. duit pon habis. kaaata tak pakai baju siam. haha. okay, aku tak laa belagak sangat pon kaan. mana ada brand freak ponn. :D




Jumaat.
Shah's Cafe.
perjumpaan budak budak sekitar kangar. macam ni laah budak lepasan SPM. takda kerja berfaedah. takpa, ada jugak aktiviti mengisi masa lapang.

Sabtu.
hehe. belum tahu mana nak dijelajah.



p/s : erm. terfikir nak buat kolaborasi blog dengan kakak. haha. tapi, blog yang satu masing masing pon terabai, kannn. :D

Friday, 15 January 2010

tak perlu tajuk untuk ini.

aku baru selesai blog walking,
ulasan yang aku dapat selepas baca blog, comment,
inilah,
menulis kerana hati dan fikiran,
bukan perasaan.
pendek.
tapi amat perlu difahami.

sekian,

my first day..

driving !
haha.
excited dohh.
can't wait to get the license.


volkswagen beetle :)

Thursday, 14 January 2010

Chris Martin !

video








I just realize that you are so damn fucking charming.
your jackets, your shirts or even your singlets,
your blue eyes,
your move at the stage,
cool though !

Tuesday, 12 January 2010

adikku tertinggal

hari tu pagi, pagi yang dah nak tengah hari, adik masuk bilik dan kejutkan kak oni dengan excited, 'adik dapat seri puteri ! ' dan kak oni pun macam mamai, 'gila. biar betol ?' terus bangun dan tanya lagi, 'nak pi ka ?'

okay. well, sekarang adik dah selamat berada kat SSP tuh, selamat laah hendaknya. erk. impress jugak, sedih pun ada. tak sangka. kita akan menjauh. rasanya, kak oni belum bersedia nak menjauh sengan siapa siapa dalam family kita, terutamanya yang si kembar tu, adik pun sama jugak laah. kita dah duduk sekali laama kan. dah biasa dengar adik bising bising, nyanyi nyanyi dengan suara yang very high pitch tu. dah biasa gaduh gila gila dan baik balik 5 minit selepas tu. ahh. kita dua memang jaguh bergaduh. masing masing nak menang dan sanggup tengking tengking sampai teriak.

okay. semua tu adat laa kan. siblings.. carik carik bulu ayam, ahh. lupa pulakk peribahasa ni. okay fine. move.

hurm, sebenarnya kak oni tak setuju sangat adik masuk sekolah asrama. ya laah. jauuh tuu. susah kita nak jumpa, fon pon tak boleh bawak. takut bila adik masuk sekolah asrama, kita dah makin jauh, jauh dan jauh. takut nanti nak sembang apa pun dah tak tau. uhh. takut dah tak click macam biasa. takut nanti kita dah tak sehaluan. haha. elok laa tuh. tak kan adik nak jadi macam kak oni and kakak, sesat. haha. well, it's one in a lifetime chance. elok laa adik kat SSP tu, sekolah impian mama untuk kak oni dulu, urghh.

tapi, bila adik duk asrama, mesti tak up to date macam selalu kann. mesti payah nak dengar music ka berfesyen ka hapa. haha. poyo dohh sekolah asrama. tu laa, nak pi jugak.. dah tak boleh tengok youtube cari lagu lagu baru, dah makin hilang laa kebolehan hafal lagu. dah kurang laa adik menyanyi. haha. sebenarnya, kak oni rasa adik memang talented laah. serius. fast learner. eh, dulu adik penah bercita cita nak jadi pengacara kan ? haha.

apa apa pun, kak oni harap adik jadi yang terbaik. jangan lembap lembap sangat buat kerja, asrama bukan macam rumah sendiri. be strong okay. we always love you and missing you.

tsk. tsk.

erk, aku dah berjanji pada diri sendiri, tak nak tulis pasal benda yang satu ni kat blog. piraahhh.



she's a hard-die-fan of Yuna.

Saturday, 9 January 2010

boooring

come back again !

eh, banyak benda nak cerita.
tapi, sejak lama tak berkecimpung dalam dunia blog ni,
nak menaip pun dah rasa sengal,
nak comment pun dah rasa gagap.

okay,
I'm in KL.

kakak is going to AJL,
VIP seat, ohh. tidakk !
and, Afini is going to SSP, hoho.

aku masih jugak kat sini.
haha. lame !

takk apa laah,
esok nak memujuk diri,
shop. shop. shop.
harap abah lebih lebih bermurah hati. haha

till then,